| Naib Canselor UTHM Terima Pingat Perkhidmatan Gemilang Dari Persekutuan Pengakap Malaysia |
|
|
|
Profesor Dato' Dr. Mohd. Noh Dalimin, Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang juga Ahli Majlis Pengakap Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia telah terpilih untuk menerima anugerah Pingat Perkhidmatan Gemilang oleh Persekutuan Pengakap Malaysia sempena sambutan Hari Pengakap Malaysia.
Istiadat penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 15 Mac 2011 di Istana Melawati, Putrajaya. Anugerah tersebut diberikan sebagai menghargai perkhidmatan cemerlang beliau terhadap perkembangan dan kemajuan Pergerakan Pengakap Malaysia khususnya di UTHM di samping menyokong penuh segala aktiviti sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Ianya terbukti di mana Dato' Naib Canselor menyokong penuh salah seorang mahasiswa UTHM dari Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan, Mohd. Hafiz Ariffin yang terpilih menjadi Perwakilan Belia Pengakap Asia Pasifik 2009-2012. Seluruh warga UTHM berasa bangga dengan penganugerahan ini. Syabas YBhg. Dato'! |
|
| Last Updated ( Selasa, 15 Mac 2011 ) |
| Prospective Students |
| Current Students |
| Alumni |