Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Semua Staf UTHM di Jepun Selamat
Semua Staf UTHM di Jepun Selamat Print E-mail
Hear this article


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengesahkan bahawa semua ahli akademiknya yang sedang menuntut di Jepun  berada  dalam keadaan selamat selepas negara tersebut dilanda gempa bumi dan tsunami minggu lalu.

Pada ketika ini seramai 43 orang staf UTHM sedang mengikuti pengajian di peringkat PhD di Jepun. Pihak UTHM telah berkomunikasi dengan kesemua staf yang berada di sana dan mereka telah mengesahkan keadaan masing-masing.

Daripada jumlah tersebut hanya dua orang staf UTHM yang berada di wilayah yang yang dilanda bencana. Mereka adalah Nabilah Ibrahim yang sedang menuntut di Universiti Tohoku dan Mohammad Kamil Abdullah yang menuntut di Universiti Iwate yang terletak di Sendai.

Kedua-dua mereka telahpun dihubungi dan memaklumkan situasi mereka yang berada dalam keadaan selamat. UTHM sedang merancang untuk menyalurkan bantuan yang sewajarnya kepada kedua-dua mereka demi memastikan pengajian mereka tidak terjejas.

UTHM akan terus memantau secara rapat perkembangan di Jepun demi memastikan keselamatan dan kebajikan staf yang berada di sana di tahap yang terbaik.

Oleh: Shafry Salim, Pegawai Perhubungan Awam UTHM

Last Updated ( Khamis, 17 Mac 2011 )
 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
20 May 2013 12:04
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.