News Archive
Naib Canselor UTHM Sampaikan Ucapan Takziah kepada Duta Besar Jepun | Naib Canselor UTHM Sampaikan Ucapan Takziah kepada Duta Besar Jepun |
|
|
|
Prof. Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bersama-sama wakil Majlis Perwakilan Pelajar dan Kelab Kebudayaan Bahasa Jepun UTHM telah membuat kunjungan hormat kepada Mr. Masahiko Horie, Duta Besar Jepun di Malaysia bagi menyampaikan ucapan takziah dan simpati daripada seluruh warga UTHM kepada kerajaan Jepun terutama kepada mangsa tragedi bencana gempa bumi dan tsunami yang menimpa negara matahari terbit itu baru-baru ini.
Kunjungan delegasi UTHM telah disambut penuh mesra oleh Mr. Masahiko Horie, Duta Besar Jepun di Malaysia. Dalam pertemuan yang diadakan di bangunan Kedutaan Jepun di Persiaran Stonor Kuala Lumpur itu, Prof. Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin turut melahirkan rasa sedih di atas apa yang telah berlaku ke atas negara Jepun yang merupakan rakan akrab kepada Malaysia dan menyatakan bahawa seluruh warga UTHM sentiasa mendoakan kesejahteraan rakyat Jepun dan semoga mereka dapat bangkit semula demi masa depan seluruh rakyatnya terutama di kawasan yang dilanda bencana. Prof. Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin turut menurunkan tandatangan di buku ucapan takziah yang telah disediakan oleh pihak kedutaan. Pada ketika ini seramai 43 orang staf UTHM sedang mengikuti pengajian di peringkat PhD di Jepun. Pihak UTHM telah berkomunikasi dengan kesemua staf yang berada di sana dan mereka telah mengesahkan keadaan masing-masing.
Dikeluarkan oleh: Shafry Salim Pegawai Perhubungan Awam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor Tel.: 07-453 7025 / 013-733 0655 Faks: 07-453 6177 Tarikh: 21 Mac 2011 |
|
| Last Updated ( Selasa, 22 Mac 2011 ) |
| Prospective Students |
| Current Students |
| Alumni |