Login | FAQs | About UTHM Portal
Laman Utama arrow Arkib Berita arrow UTHM Anjur Karnival Kerjaya 2011
UTHM Anjur Karnival Kerjaya 2011 Cetak Emel
Hear this article

Jabatan Kaunseling Dan Kerjaya, Pusat Pembangunan Dan Pengembangan Pelajar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menganjurkan Karnival Kerjaya 2011 yang akan berlangsung pada 6 dan 7 April 2011 bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII) dan Dewan Terbuka UTHM bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Karnival Kerjaya pada tahun ini membawakan tema Kerjaya : Cabaran dan Masa Depan. Karnival ini bakal dirasmikan oleh YBhg. Profesor Dato' Dr. Mohd. Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM.

Antara objektif penganjuran karnival ini ialah menyebarluas informasi kepada mahasiswa dalam menghadapi cabaran dalam bidang sains dan teknologi dan juga keperluan pekerjaan pada abad ini melalui agensi-agensi yang   terlibat, merapatkan hubungan antara agensi kerajaan dan swasta dengan UTHM dalam memberi penerangan lanjut tentang kemudahan dan bantuan yang disediakan kepada mahasiswa apabila tamat pengajian, membina pemahaman di kalangan mahasiswa tentang persediaan yang perlu ada bagi menentukan hala tuju selepas bergelar graduan dan menyediakan jambatan untuk penerokaan hubungan awal antara pelajar dengan pihak industri dalam dunia kerjaya.

Terdapat pelbagai aktiviti yang bakal dijalankan antaranya ialah Seminar Kerjaya, Kempen Derma Darah, Temuduga, Pameran Kerjaya dan "Grooming Session".

Seluruh mahasiswa, warga UTHM dan orang awam di jemput hadir bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai kerjaya yang bakal dipilih.


Dikeluarkan oleh:

Shafry Salim

Pegawai Perhubungan Awam

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tel: 07-4537025 / 013-7330655

 

Pilihan Bahasa

W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
17 May 2012 05:19
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.


[+]
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • fresh color
  • warm color