Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Malam Anugerah Pelajar 2010
Malam Anugerah Pelajar 2010 Print E-mail
Hear this article

Pejabat Hal Ehwal Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menganjurkan Malam Anugerah Pelajar 2010 yang akan berlangsung pada 15 April 2011 bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII)    bermula dari pukul 8.00 malam.

Malam Anugerah Pelajar  pada kali  ini membawakan tema  'Retro Night'.  Majlis ini bakal dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Ir. Jamilus bin Md. Hussin, Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM.

Majlis ini diadakan bagi memberi penganugerahan dan pengiktirafan di peringkat universiti kepada seluruh pelajar/persatuan/kelab yang telah menunjukkan prestasi cemerlang serta para pelajar yang telah bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum sepanjang tahun 2010. Penganjuran majlis ini juga diadakan bagi  memberi sokongan dan dorongan kepada pelajar/persatuan/kelab untuk meningkatkan lagi prestasi persatuan/kelab masing-masing dalam aspek pentadbiran, pengurusan kewangan, pelaksanaan program serta pembangunan ahli.

Sebanyak 11 kategori anugerah yang akan disampaikan pada malam tersebut antaranya ialah:

1.         Anugerah Program Terbaik

2.         Anugerah Persatuan/Kelab Terbaik

3.         Anugerah Olahragawan

4.         Anugerah Olahragawati

5.         Anugerah Pasukan Sukan Terbaik

6.         Anugerah Kepimpinan Terbaik

7.         Anugerah Seni Budaya

8.         Anugerah Pasukan Kebudayaan Terbaik

9.         Anugerah Kolej Kediaman Terbaik

10.       Anugerah Khas HEP

11.       Anugerah Mahasiswa Gemilang (Siswa/Siswi)

12.       Anugerah Khas TNC (HEPA)

Dengan adanya penganjuran majlis seumpama ini akan memberi dorongan kepada pelajar-pelajar untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dapat membantu membina jati diri dan ketrampilan diri sekaligus membantu merealisasikan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 

 

Dikeluarkan oleh:

 

Shafry Salim

Pegawai Perhubungan Awam

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tel: 07-4537025 / 013-7330655

 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
18 Jun 2013 09:47
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.