Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM Rai Kanak-Kanak Autisme
UTHM Rai Kanak-Kanak Autisme Print E-mail
Hear this article
Bersempena sambutan Hari Kesedaran Autisme 2011 yang jatuh pada 4 April 2011, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan satu program khas bagi meraikan pelajar autisme di sekitar Batu Pahat.

Sambutan diadakan bertempat di Dewan 3, UTHM. Majlis tersebut dirasmikan oleh Penolong Naib Canselor Hubungan Industri dan Masyarakat, Profesor Dr. Jailani Md Yunos, selaku wakil rasmi Naib Canselor UTHM.

Hari kesedaran autism sedunia disambut sebagai satu daripada tanggungjawab korporat sosial UTHM kepada insan kelainan upaya. Idea mengadakan sambutan tersebut dicetuskan oleh kepimpinan UTHM yang diketuai oleh Naib Canselor UTHM, Profesor Dato' Mohd Noh Dalimin. Sehubungan dengan itu, UTHM telah menjemput pelajar-pelajar autism daripada Sekolah Menengah Tun Ismail, Parit Raja, Batu Pahat Johor sebagai tetamu istimewa yang diraikan pada hari sambutan tersebut.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah dan sesi perkongsian pengalaman.  Perkongsian pengalaman melibatkan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan golongan autism, membolehkan warga UTHM memahami kaedah penjagaan golongan tersebut. Aktiviti ceramah pula disampaikan oleh pakar autism membolehkan warga UTHM lebih memahami insan istimewa tersebut.

Di samping itu, bagi merealisasikan prinsip nikmat dikongsi bersama. Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar (PPPP) yang dipertanggungjawabkan menjadi sekretariat, telah melancarkan tabung derma pelajar autism 2011. Kutipan tersebut dikendalikan oleh pelajar-pelajar daripada Kelab Kaunseling dan Kerjaya (KKDK) UTHM.

Wang yang diterima melalui tabung tersebut diharap dapat meringankan beban kewangan pelajar autisme sekolah terbabit. Selain itu, pengedaran tabung itu di seluruh kampus merupakan kempen dan mesej begerak untuk memberi maklum kepada warga UTHM terhadap sambutan ‘Hari Kesedaran Autisme 2011" yang disambut buat kali ke-4 pada tahun ini di seluruh dunia.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dekan PPPP, Prof. Madya Dr Asri bin Selamat dan Pengarah Jabatan Kaunseling dan Kerjaya (JKK), Prof. Madya Dr Hj Ahmad bin Esa. Adalah diharapkan aktiviti tanggungjawab korporat sosial sedemikian meningkatkan keprihatinan warga UTHM terhadap potensi golongan autisme untuk turut menjadi modal insan cemerlang di Malaysia.


--
Shafry Salim
Pegawai Perhubungan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor
Tel.: 07-453 7025 / 019-757 1007
Faks: 07-453 6177
Last Updated ( Isnin, 04 April 2011 )
 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
23 May 2013 14:58
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.