Login | FAQs | About UTHM Portal
Laman Utama arrow Arkib Berita arrow UTHM Paddlers Buktikan Kehebatan Dalam Acara Lumba Perahu Naga
UTHM Paddlers Buktikan Kehebatan Dalam Acara Lumba Perahu Naga Cetak Emel
Hear this article
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Paddlers telah membuktikan kehebatan dan menambah koleksi kejayaan dalam sukan air bagi acara lumba perahu naga (dragon boat) peringkat antarabangsa. Buat julung-julung kalinya pasukan UTHM menyertai Kejohanan KL International Dragon Boat Festival 2011 yang telah diadakan di Tasik Metropolitan Kepong, Selangor.

UTHM Paddlers telah berjaya membawa pulang 1 pingat emas, 3 perak dan 4 gangsa. Seramai 50 orang atlit UTHM yang terdiri daripada 26 atlit lelaki dan 24 atlit wanita telah menyertai pertandingan tersebut. UTHM Paddlers telah dibimbing oleh pengurus dan jurulatih kecergasan pasukan, En. Shaid bin Jaffar.

Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Pelancongan Kuala Lumpur dengan kerjasama daripada Persatuan Perahu Naga Pulau Pinang. Kejohanan ini turut bergabung dengan International Dragon Boat Federation dan telah mendapatkan penyertaan daripada pasukan German, Singapore, Hungary, Filipina, Cambodia, Brunei, Juara Sukan Asia 2010 Indonesia, Malaysia serta pasukan negeri-negeri di Malaysia dan kelab-kelab yang mewakili jabatan kerajaan dan swasta.

UTHM telah memperolehi pingat emas melalui acara International Junior Men 22, pingat perak dalam acara International Junior Men 12, International Junior Mixed 22 dan Malaysia Junior Men Open 22 manakala pingat gangsa adalah dalam acara International Challenge Ladies 22, Malaysia Junior Mixed Open 22, International Junior Mixed 12 dan Malaysia Junior Mixed Open. Kejayaan yang menaikkan nama UTHM dipersada antarabangsa dalam sukan air selain dari acara kayak dan rowing telah membuktikan bahawa UTHM akan muncul sebagai kuasa baru dalam acara Lumba Perahu Naga yang jarang melibatkan penyertaan daripada Institut Pengajian Tinggi Awam di Malaysia. Kesungguhan Pasukan UTHM Paddlers untuk menaikkan nama universiti dalam sukan air telah mendapat sokongan sepenuhnya daripada Pusat Kokurikulum, Sukan dan Kebudayaan UTHM dalam melaksanakan program dan aktiviti yang disertai oleh pasukan UTHM Paddlers.

Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Pengurus Pasukan, Jurulatih, Ketua Pasukan dan Atlit- Atlit UTHM Paddlers di atas kesungguhan memajukan sukan air di UTHM serta menjadikan antara sukan yang popular di Universiti ini.
  


Dikeluarkan oleh:

Shafry Salim
Pegawai Perhubungan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Tel: 07-4537025
 

Pilihan Bahasa

W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
17 May 2012 05:19
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.


[+]
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • fresh color
  • warm color