Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM Bawa Usahawan Siswazah Dekati Masyarakat
UTHM Bawa Usahawan Siswazah Dekati Masyarakat Print E-mail
Hear this article
Bersempena Fiesta Usahawan Muda Siswazah 2011 (Zon Selatan) yang akan berlangsung pada 28 April hingga 2 Mei 2011 di Pasir Gudang Johor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), telah diberi kepercayaan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk menggerakkan usaha mendekatkan golongan usahawan siswazah dengan masyarakat melalui pelbagai acara dan aktiviti di sepanjang fiesta ini.

Sebagai sebuah IPTA yang sinonim dengan bidang teknologi dan kejuruteraan, UTHM tidak ketinggalan dalam menyahut hasrat transformasi pengajian tinggi negara yang telah digariskan Kementerian Pengajian Tinggi Negara yang turut memasukkan elemen keusahawanan sebagai salah satu projek agenda kritikal (CAPs) pengajian tinggi negara.

Dalam Fiesta pada kali ini, pelbagai acara dan aktiviti menarik akan dijalankan. Antaranya aktiviti gerai dan jualan, pertandingan futsal, senamrobik, persembahan kebudayaan, sukaneka rakyat serta Konsert Pancaindera.

Sebagai penganjur bersama, UTHM mengambil peluang ini untuk memberi peluang kepada para pelajarnya melaksanakan aktiviti keusahawanan secara terus bersama masyarakat. Pada ketika ini aktiviti keusahawanan pelajar di UTHM di selaraskan di bawah Pusat Teknousahawan yang bertindak menyelaras aktiviti keusahawanan serta menjalankan rancangan penggalakkan keusahawanan dalam kalangan mahasiswa. Melalui fiesta ini usahawan siswa UTHM akan mempamer dan membuat jualan produk hasilan mereka secara terus kepada orang ramai.

Penglibatan UTHM dalam fiesta ini juga adalah sebahagian daripada usaha mengukuhkan jalinan bestari universiti bersama industri dan masyarakat dengan menjadikan agenda pemindahan ilmu (knowledge transfer) sebagai matlamat utama. Oleh yang demikian, UTHM akan melibatkan pelbagai pihak di dalam Universiti di sepanjang lima hari fiesta ini berlangsung.

Selain aktiviti keusahawanan, UTHM juga akan mempamerkan hasil-hasil penyelidikan dan inovasi ciptaan penyelidik UTHM, jualan buku, pameran Kembara Mahkota Johor, senamrobik serta demonstrasi robot. Dengan penglibatan yang agak meluas ini, UTHM berharap usaha memperkukuhkan tanggungjawab korporat-sosial (CSR) ini mendapat sambutan dan maklum balas positif dari pihak industri dan masyarakat.

UTHM berharap orang ramai di sekitar Pasir Gudang dan negeri Johor umumnya dapat mengunjungi dan memanfaatkan penganjuran fiesta dengan melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti dan acara menarik yang bakal dilaksanakan.


--
Shafry Salim
Pegawai Perhubungan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor
Tel.: 07-453 7025 / 019-757 1007
Faks: 07-453 6177
 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
20 Mei 2013 12:04
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.