News Archive
UTHM tandatangani LOI dengan Nuklear Malaysia | UTHM tandatangani LOI dengan Nuklear Malaysia |
|
|
|
BANGI 12 Mei - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hari ini menandatangani surat hasrat (LOI) dengan Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) bagi menjalin kerjasama untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang kejuruteraan nuklear. Naib Canselornya, Prof Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin berkata, kerjasama itu bakal memberi manfaat kepada lebih 10,000 pelajar universiti tersebut. "Ia bertumpu pada pelaksanaan program pengajian peringkat sarjana bidang Kejuruteraan Nuklear yang ditawarkan UTHM di samping Nuklear Malaysia bertanggungjawab menyediakan latihan kepada kakitangan UTHM melalui kursus jangka pendek "Kita juga telah melantik pegawai daripada Nuklear Malaysia sebagai Profesor Tamu dan Penasihat Industri bagi membantu pelaksanaan program baru berkaitan," katanya ketika berucap mewakili universiti itu sempena majlis tersebut di sini hari ini. Nuklear Malaysia pula diwakili oleh Pengarah Urusannya, Dr. Muhammad Lebai Juri. Pada majlis sama, UTHM turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Sheffield Hallam dari United Kingdom yang diwakili oleh Prof. Dr. Terrence Perera. "Melalui MoU dengan Universiti Sheffield Hallam pula, ia akan menggalakkan kerjasama antara dua pihak termasuklah penghantaran staf akademik untuk membangunkan program pengajian dalam bidang kejuruteraan," katanya. - Utusan Online |
| Prospective Students |
| Current Students |
| Alumni |