Login | FAQs | About UTHM Portal
Laman Utama arrow Arkib Berita arrow UTHM Holdings Lancarkan Logo Korporat Baru
UTHM Holdings Lancarkan Logo Korporat Baru Cetak Emel
Hear this article
UTHM Holdings telah melancarkan logo korporat terbarunya melalui satu majlis yang diadakan secara sederhana di pejabat baru anak syarikatnya di Taman Universiti, Parit Raja, Batu Pahat, Johor pada hari Khamis, 5 Mei 2011 yang lepas. Dalam majlis tersebut, UTHM Holdings turut menyerahkan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Mencipta Logo yang dibuka kepada orang awam dengan menawarkan hadiah lumayan.

Encik Shah Ruddin Jaafar telah terpilih sebagai pemenang tempat pertama pertandingan tersebut. Logo beliau telah dipilih sebulat suara oleh Ahli Lembaga Pengarah Syarikat untuk dijadikan logo korporat UTHM Holdings. Beliau membawa pulang hadiah Wang Tunai bernilai RM500/- dan sebuah TV LCD Panasonic 42'.

Pertandingan tersebut telah dimulakan sejak November 2010 dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 Januari 2011. Syarikat menerima lebih daripada 200 penyertaan dari seluruh Negara. Satu jawatankuasa pemilihan logo telah dilantik untuk mengenalpasti logo yang layak untuk dinilai sebagai logo korporat. Beberapa kriteria telah ditetapkan untuk dijadikan garis panduan dalam pemilihan logo tersebut.

Setelah 3 kali penilaian, 3 logo penyertaan telah berjaya dipilih untuk ke peringkat akhir yang akan ditentukan oleh Ahli Lembaga Pengarah Syarikat. Logo korporat ini akan digunapakai pada kesemua bahan cetak, penerbitan, kenderaan rasmi syarikat, bangunan milik syarikat, pakaian rasmi dan pakaian korporat, papan tanda, bahan promosi, dan lain-lain lagi.

Harapan Syarikat, logo dan identiti korporat yang baru ini dapat mencerminkan halatuju baru Syarikat, selaras dengan kehendak masa dan keadaan, selain dapat diterapkan ke dalam seluruh struktur dan organisasi. Dalam kata lain, setiap warga UTHM Holdings mesti dibudayakan semula dengan aspek-aspek penting seperti visi dan misi baru syarikat, strategi baru yang disusun atur dan kefahaman falsafah korporat terbaru.

UTHM Holdings Sdn. Bhd. (UTHM Holdings) merupakan sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Syarikat yang ditubuhkan sejak tahun 2004 ini bertanggungjawab menguruskan semua bentuk perkhidmatan perniagaan dan perundingan yang berkaitan dengan universiti. Syarikat yang dahulunya dikenali sebagai K-Utech Sdn. Bhd. sedang dalam proses penjenamaan semula syarikatnya secara berperingkat bermula dengan penukaran nama, logo, laman web dan lain-lain yang berkaitan.

--
Shafry Salim
Pegawai Perhubungan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor
Tel.: 07-453 7025 / 019-757 1007
Faks: 07-453 6177
Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 20 Mei 2011 )
 

Pilihan Bahasa

W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
21 May 2012 12:00
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.


[+]
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • fresh color
  • warm color