Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow 7 Pegawai UTHM Menerima Watikah Pegawai Kehormat Bersekutu Pertahanan Awam
7 Pegawai UTHM Menerima Watikah Pegawai Kehormat Bersekutu Pertahanan Awam Print E-mail
Hear this article

 

Bandar Tun Razak Jengka 7 Julai 2011 -Majlis Penyampaian Watikah Pegawai Kehormat dan Bersekutu Pertahanan Awam (PA) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM telah diadakan di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Timur (PULAPAT) di Jengka Pahang. Majlis tersebut telah diadakan sempena Majlis Penutup Perkemahan Integrasi Kadet Pertahanan Awam (KAPA) Peringkat Kebangsaan Ke 10 Tahun 2011 dari  2 - 7 Julai 2011 yang diresmikan oleh YB Dato Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri. Seramai 4 orang Pegawai iaitu 1 Pegawai Kehormat dan 3 Pegawai Bersekutu UTHM telah dinaikkan pangkat pada majlis tersebut, mereka ialah:-

•1.      Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Prof. Dr. Jailani Md. Yunos (Komandan)  dinaikkan kepada Kolonel Kehormat. Jawatan beliau di UTHM adalah  Penolong. Naib Canselor (Hal Ehwal Industri dan Masyarakat).

•2.      Mejar Bersekutu (PA) Dr. Ishak Baba (Timbalan Komandan) dinaikkan pangkat kepada Leftenan Kolonel Bersekutu. Jawatan beliau di UTHM adalah Dekan Pusat Pembangunan Akademik

•3.      Prof. Madya Kamarudin Khalid (Timbalan Komandan) juga dinaikkan pangkat kepada Leftenan Kolonel Bersekutu. Jawatan beliau di UTHM adalah Pengarah Pusat Kokurikulum dan Kebudayaan.

•4.      Kapten Bersekutu (PA) Norza Iskandar Helmi Abdullah (Pegawai Ajutan) dinaikkan pangkat kepada Mejar. Jawatan beliau di UTHM adalah Timbalan Bendahari Kanan (Memangku).

•5.      Kapten Bersekutu (PA) Mahyuzie Bin Jenal (Pegawai Akademik) pula telah dinaikkan pangkat kepada Mejar. Jawatan beliau di UTHM sebagai Pensyarah Fakulti Kej. Elektrik & Elektronik (FKEE).

Dua Pegawai Bersekutu (PA) UTHM lantikan baru adalah Dr. Md Nor Ramdon bin Baharom sebagai Leftenan Kolonel Bersekutu. Jawatan beliau di UTHM adalah  Pensyarah Kanan FKEE. Manakala seorang lagi adalah Pn.Zuhra bte Zainuddin (Pegawai Kebajikan) ditauliahkan sebagai Kapten. Jawatan beliau di UTHM adalah Pustakawan Kanan. Kini keseluruhannya UTHM mempunyai 11 orang Pegawai Kehormat dan Bersekutu  Pertahanan Awam yang aktif menjalankan pelbagai aktiviti dan latihan dalam Pertahanan Awam. Maklumat lanjut boleh dilayari di http://sispa.uthm.edu.my/

 Disediakan oleh Mejar Norza Iskandar Helmi Abdullah

Last Updated ( Isnin, 11 Julai 2011 )
 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
22 May 2013 16:16
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.