|
UTHM Raih 3 Emas Dalam Karnival Sukan Air Kementerian Belia dan Sukan Perhimpunan 1 Juta Belia |
|
|
Atlit UTHM Paddlers menyapu bersih semua pingat emas kayak bagi kategori IPT peringkat kebangsaan apabila berjaya merangkul 2 pingat emas 1 gangsa di Karnival Sukan Air Kementerian Belia dan Sukan Sempena Perhimpunan 1 Juta Belia yang berlangsung di Kompleks Sukan Air Putrajaya Presint 6 pada 26 hingga 29 Mei 2011.
Pingat emas diperolehi melalui acara TK1 500 meter iaitu perseorangan Wan Mohamad Arif bin Wan Husain serta gandingan Wan Mohamad Arif bin Wan Husain dan Norhafizan Bin Nezere melalui acara TK2 500 meter, 1 pingat gangsa melalui acara TK2 500 meter melalui pasangan Abdullah bin Mat Nawi dan Muhammad Hanif bin Sulong.
Bagi acara egro machine rowing hanya seorang sahaja atlit UTHM yang menyertai pertandingan ini iaitu Safwan bin Mat Jani dan berjaya membawa pulang 1 pingat emas dan 1 perak. Karnival Sukan Air ini turut disertai oleh 7 buah universiti bagi peringkat IPT dan 8 buah negeri bagi kategori terbuka serta menarik minat negara Brunei, kelab-kelab agensi kerajaan dan swasta turut memeriahkan lagi karnival ini.
Pencapaian atlit UTHM dalam karnival ini dapat memberi semangat bagi atlit dalam persiapan menyertai Kejohanan Sukan Air MASUM 2011 bagi mempertahankan Juara Keseluruhan Kategori Kayak Lelaki pada tahun 2010.
--
Shafry Salim
Pegawai Perhubungan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor
Tel.: 07-453 7025 / 019-757 1007
Faks: 07-453 6177
|
|
Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 08 Julai 2011 )
|