Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Program Gerak Gempur MatematikTambahan Anjuran AKRAB UTHM Tarik Penyertaan dari Batu Pahat & Kluang
Program Gerak Gempur MatematikTambahan Anjuran AKRAB UTHM Tarik Penyertaan dari Batu Pahat & Kluang Print E-mail
Hear this article

UTHM 17 Julai , Persatuan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia (AKRAB), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia buat pertama kalinya menganjurkan program kelas bimbingan intensif subjek Matematik Tambahan khusus untuk calon - calon Sijil Pelajaran Malaysia 2011. Program ini telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada pelajar sekolah di sekitar daerah Batu Pahat dan Kluang. Program yang telah bermula seawal jam 9.00 pagi itu telah dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha AKRAB UTHM, Hajah Sarebah.  Untuk meningkatkan keberkesanan program ini semua peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Program ini juga telah diselitkan dengan slot motivasi yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Samsudin Bin Husin. Disebabkan oleh permintaan yang tinggi untuk program ini pihak penganjur telah bercadang untuk mengadakan siri kedua pada 30 dan 31 Julai. Sekiranya program ini masih mendapat sambutan pihak penganjur akan menyambung siri ketiga selepas Hari Raya. Kepada staf UTHM yang ingin menghantar anak mereka ke program ini sila berurusan dengan En Nor Azuwan (samb 7576) / Puan Radin Mazna (samb 7509).


Dikesempatan ini pihak penganjur ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada Unit Keselamatan Pejabat Pendaftar kerana telah menyediakan panduan arah, UCitV UTHM kerana telah membantu merakamkan video sepanjang program, En Hairul Anuar selaku jurufoto rasmi program, En Nor Azuwan , En Norhuda Bunawar dan Cik Nazuha selaku AJK perlaksana. Tidak dilupakan juga Puan Radin Mazna yang menguruskan semua pendaftaran peserta. Program akan bersambung pada 24 Julai 2011.

Disediakan oleh ,
Unit Publisiti ,
Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia (AKRAB),
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.  

Last Updated ( Selasa, 19 Julai 2011 )
 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
18 Mei 2013 20:09
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.