Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow 20 Staf UTHM Sertai Kursus Peningkatan Kemahiran Kaunseling Tahap 1 & 2 Siri Keempat
20 Staf UTHM Sertai Kursus Peningkatan Kemahiran Kaunseling Tahap 1 & 2 Siri Keempat Print E-mail
Hear this article

Pantai Kemunting 19 Julai – Dua puluh staf Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang merupakan bakal Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia (AKRAB) siri keempat telah mengikuti Kursus Peningkatan Kemahiran Kaunseling Tahap 1 & 2 anjuran Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Kursus kali keempat ini telah diadakan di Ismah Beach Resort Pantai Kemunting , Melaka dan diadakan selama 5 hari.

Antara pengisian program yang telah dijalankan ialah slot ceramah kemahiran kaunseling daripada 5 orang pegawai psikologi di pelbagai Jabatan di Putrajaya yang menfokuskan modul seperti pengenalan kaunseling, hubungan kaunselor dan klien, kaunseling dalam perkhidmatan awam, kemahiran asas kaunseling, diagnosis masalah, etikadan akta kaunselor, kaunseling individu, kaunseling kelompok, pengurusan dan pentadbiran kaunseling, pengenalan kesihatan mental, pengurusan stress dan emosi, pengurusan bakat dan konsep dan perlaksanaan AKRAB. Selain itu peserta program juga telah menjalani latih amal untuk kaunseling individu.

Program yang bermula jam 8.30 pagi setiap hari ini telah dimulakan dengan bacaan doa dan nanyian lagu negaraku dan ditamatkan dengan nanyian lagu UTHM. Selain itu para peserta juga telah mengadakan majlis bacaan Yassin pada malam hari Khamis bertempat di surau Ismah Beach Resort. Program ini telah berakhir dengan semua peserta menduduki ujian bagi melayakkan mereka menjadi ahli Rakan Pembimbing.

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia (AKRAB) UTHM kini telah mencapai jumlah 92 orang termasuk ahli yang sedang cuti belajar.   

 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
23 Mei 2013 14:58
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.