Login | FAQs | About UTHM Portal
Laman Utama arrow Arkib Berita arrow Tunku Mahkota Johor Sempurnakan Majlis Anugerah Bintang,Pingat & Sijil DiRaja Pengakap Malaysia 2011
Tunku Mahkota Johor Sempurnakan Majlis Anugerah Bintang,Pingat & Sijil DiRaja Pengakap Malaysia 2011 Cetak Emel
Hear this article

BATU PAHAT, 25 Julai 2011 - "Melalui penglibatan sebagai anggota Pengakap, ia dapat menjauhkan remaja dan anak muda daripada gejala negatif", titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan Majlis Istiadat Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia dan Sijil DiRaja Anugerah Pengakap Raja di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 23 Julai lepas.

Tambah Tunku Ismail lagi, menyertai Pengakap berupaya menjadikan remaja masa kini mampu menangkis serangan negatif gejala sosial yang menyalahi moral, fizikal, dan tata susila masyarakat Malaysia.

Baginda turut mengingatkan hadirin terhadap titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam salah satu program Jambori Pengakap Johor, remaja masa kini mengalami krisis identiti yang boleh membawa kepada kehancuran moral.

Melalui penglibatan sebagai anggota pengakap, gejala ini akan dapat diatasi dengan nilai-nilai murni yang diterapkan oleh persatuan ini seperti bersemangat patriotik, jujur, dan menghormati orang lain.

Majlis Penganugerahan Pengakap Raja adalah majlis pengiktirafan kepada ahli pengakap yang memberikan komitmen penuh kepada pertubuhan dan banyak menyumbang jasa bakti kepada pengakap di negara ini.

Pengakap Raja adalah kelulusan ujian kepandaian tertinggi bagi ahli pengakap melalui satu sistem penilaian Lembaga Pentarafan Pengakap Raja berdasarkan skema yang ditetapkan Persekutuan Pengakap Malaysia.

Seramai 251 anggota Pengakap menerima anugerah, iaitu 59 orang Penerima Bintang dan Pingat dan 192 orang Penerima Sijil DiRaja.

Sijil Pengakap ini ditandatangani oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Duli-Duli Sultan dan Raja-Raja di Malaysia.

Turut hadir Ketua Pengakap Negara, Dato' Seri Paduka Dr. Haji Shafie Haji Mohd Salleh dan Profesor Ir. Dr. Abdul Aziz Dato' Abdul Samad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)yang mewakili Naib Canselor UTHM.


--
Shafry Salim
Pegawai Perhubungan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor
Tel.: 07-453 7025 / 019-757 1007
Faks: 07-453 6177

 

Pilihan Bahasa

W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
21 May 2012 12:00
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.


[+]
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • fresh color
  • warm color