News Archive
UTHM Anjur Simposium Pengurusan Bakat (TMS 2011) di IMPERIAL COLLEGE LONDON | UTHM Anjur Simposium Pengurusan Bakat (TMS 2011) di IMPERIAL COLLEGE LONDON |
|
|
|
Pejabat Pengurusan Strategik dan Kualiti (PPSK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan satu simposium Pengurusan Bakat (Talent Management) iaitu satu program perkongsian bidang kepakaran di kalangan calon-calon PhD UTHM yang menuntut di United Kingdom dan Northern Ireland, yang berlangsung pada 18 hingga 22 Julai 2011 di Imperial College, London. Simposium ini adalah satu idea dan usaha yang disarankan oleh Naib Canselor UTHM , YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh bin Dalimin. Beliau percaya bahawa pembangunan modal insan adalah asas bagi transformasi UTHM kepada satu universiti teknikal yang lestari dan bertaraf dunia. Ini memerlukan asuhan (nurturing), menarik dan mengekalkan talent yang terbaik. Seterusnya beliau menekankan bahawa pengurusan talent yang efektif dapat memberi impak yang cukup tinggi kepada pembangunan Universiti yang berinovasi dan kompetitif diperingkat global. Kejayaan penganjuran TMS ini adalah hasil perancangan rapi Jawantankuasa TMS yang di pengerusikan oleh Pengarah PPSK, Prof. Dr. Noraini bte Kaprawi.
Dr. Nick Voulvoulis, pengarah program pasca-siswazah di Imperial College telah menyampaikan ucaptama TMS 2011 bertajuk “Expectations on Phd Viva: External Examiner Perspective”. Seramai 45 calon PhD dari beberapa institut pengajian tinggi di United Kingdom telah membuat pembentangan dalam seminar pengurusan bakat tersebut. Dua orang calon PhD telah dipilih sebagai penerima Anugerah Kertas Kajian terbaik iaitu (1) Soon Chin Fhong – kategori Kejuruteraan dan (2) Suliadi Firdaus bin Sufahani – kategori Sains Sosial. Menurut Ketua Jabatan Pengurusan Kualiti, Dr. Hj. Rosmaini Tasmin, “pengurusan bakat UTHM adalah satu program pengurusan strategik modal manusia yang terancang dan menyeluruh dalam proses mengenal pasti, merekrut, membangun, mengintegrasi dan mengekalkan kakitangan yang mempunyai kepakaran tertentu bagi pembangunan kepakaran sumber manusia UTHM yang mampan. Inisiatif ini penting kearah memperkasa “research talent pool” bagi penyelidik UTHM sedia ada dan mereka yang akan melanjutkan pengajian PhD.” Katanya lagi, “Simposium ini adalah tepat pada masanya untuk UTHM dalam usaha menjana dan meningkatkan talent daripada hari pertama direkrut, dan seterusnya melalui latihan semula dan meningkatkan kemahiran para akademik sediaada. Objektif simposium ini ialah untuk mengurus dan membangunkan talent yang adad dikalangan staf yang sedang membuat pengajian PhD. Ia juga adalah untuk mendapatkan maklumat terkini tentang bakat atau bidang kepakaran yang dipelopori oleh ahli akademik UTHM dan untuk mendapat maklum balas calon-calon PhD tentang isu-isu penyelidikkan, suasana kehidupan dan pembelajaran dari pelbagai universiti di United Kingdom.” Selain itu, simposium ini juga berjaya mendapatkan laporan terus tentang tahap perkembangan pengajian dan penyelidikan agar pihak universiti dan fakulti mampu memantau dengan lebih efektif dan di samping untuk menjana input bahan penulisan untuk menghasilkan sebuah buku kompilasi penuh bagi rujukan penyelidik dan mereka yang akan melanjutkan pengajian peringkat PhD. Seminar ini juga mampu menjalinkan hubungan akrab di kalangan calon-calon PhD dan pihak universiti sekaligus dapat memperkenalkan UTHM kepada institusi pengajian tinggi luar negara, khususnya Imperial College, London. Delegasi UTHM juga mengadakan lawatan kerja akademik ke beberapa institut pengajian tinggi (IPT) di United Kingdom dan negara berhampiran sebagai satu usaha menjalinkan hubungan (engaging) dengan IPT-IPT tersebut. -- Shafry Salim Pegawai Perhubungan Awam |
| Prospective Students |
| Current Students |
| Alumni |