News Archive
UTHM Serah Sumbangan kepada Mangsa Tanah Runtuh Madrasah Al Takwa, Hulu Langat. | UTHM Serah Sumbangan kepada Mangsa Tanah Runtuh Madrasah Al Takwa, Hulu Langat. |
|
|
|
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tragedi 21 Mei lalu meragut nyawa kanak-kanak kecil di madrasah ini. Kejadian petang itu masih segar di ingatan rakan-rakan mereka yang terselamat.
Bersimpati dengan kejadian tersebut, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan satu kutipan derma bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh penghuni rumah anak yatim ini. Sehubungan itu, sumbangan derma sebanyak RM 3052 telah disampaikan oleh pihak Masjid UTHM, mewakili warga universiti, kepada penghuni rumah anak yatim ini pada 13 Ogos lalu di penempatan sementara kanak-kanak ini bertempat di Pusat Latihan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Hulu Langat. Sumbangan tersebut diserahkan Pendaftar UTHM, Tuan Haji Sulam Hamid, bersama-sama Pengarah Pusat Islam UTHM, Prof. Madya Dr. Syed Muhammad Dawilah Al-Edrus kepada anak-anak yatim ini dalam satu majlis ringkas di sana. Menurut penjaga kanak-kanak ini, Ahmad Naspu Johar, 33, sumbangan UTHM ini amat bermakna buat kanak-kanak ini dan dia mengucapkan jutaan terima kasih kepada UTHM kerana sanggup datang dari jauh semata-mata untuk memberikan sumbangan tersebut. Sementara itu, Abu Dzar'im Abdul Hamid, 11, salah seorang daripada 21 penghuni rumah anak yatim tersebut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak UTHM di atas sumbangan terbabit. "Saya akan gunakan sumbangan ini untuk menunaikan ibadah haji kelak", katanya ketika ditanya perancangannya untuk menggunakan sumbangan tersebut. Walaupun wang ringgit bukanlah penentu kebahagian, tetapi, tanda ingatan itulah yang menjadi nadi perhubungan sesama insan. -- Shafry Salim Pegawai Perhubungan Awam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor Tel.: 07-453 7025 / 019-757 1007 Faks: 07-453 6177 |
| Prospective Students |
| Current Students |
| Alumni |