Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Prof. Dr. Sulaiman Bincang Tentang Penilaian Keresahan Hadapi Ujian & Pencapaian Sistem Pendidikan
Prof. Dr. Sulaiman Bincang Tentang Penilaian Keresahan Hadapi Ujian & Pencapaian Sistem Pendidikan Print E-mail
Hear this article

Profesor Dr. Sulaiman Yamin, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pembangunan) Fakulti Pendidikan Teknikal telah menyampaikan Syarahan pada majlis Syarahan Perdana siri 6/2011 bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail,Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada             18 Ogos lalu.

Syarahan bertajuk "Assesment, Test Anxiety and Achievement" itu telah membincangkan tentang kaedah penilaian, keresahan menghadapi ujian dan juga pencapaian para pelajar dalam pendidikan.

Di awal syarahannya, beliau membincangkan dengan lanjut tentang pentingnya kesahihan dan kebolehpercayaan dalam penilaian serta bagaimana hendak mengukurnya.

Selain itu beliau yang telah berkhidmat selama 29 tahun sebagai pendidik juga membincangkan tentang bagaimana mengurus, menguasai dan menganalisis setiap ujian yang dibuat. Keresahan para pelajar menghadapi ujian juga dibincangkan dengan lebih lanjut dalam syarahannya.

Beliau turut membandingkan penilaian yang dibuat daripada pihak umum dan juga daripada pihak sekolah/Institusi Pengajian dan turut membincangkan kesan negatif dan positif kedua-dua cara penilaian tersebut.

Disamping itu, beliau juga menyatakan kesan-kesan keresahan pelajar  menghadapi ujian di dalam penilaian yang dilakukan.

Di akhir syarahannya, Profesor Dr. Sulaiman menyeru kepada semua warga pendidik, ibu bapa dan hadirin yang hadir agar mempunyai sikap tanggungjawab dan mengambil berat ke atas setiap penilaian yang dibuat kerana ianya telah terbukti amat memberi kesan kepada pelajar dan juga anak-anak.

Profesor Dr. Abdul Aziz Dato' Abdul Samad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa),UTHM turut memberi ulasan tentang syarahan tersebut di akhir majlis.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Profesor Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin,Naib Canselor UTHM; Profesor Dr. Jailani Md Yunos, Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat); Tuan Haji Sulam Hamid, Pendaftar; Ahli senat UTHM dan juga Dekan-Dekan Fakulti.

Kira-Kira 300 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar UTHM menghadiri Majlis tersebut.

Last Updated ( Jumaat, 26 Ogos 2011 )
 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
18 May 2013 20:09
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.