Login | FAQs | About UTHM Portal
Laman Utama arrow Arkib Berita arrow Naib Canselor Sertai Aktiviti Memasak Bubur Lambuk
Naib Canselor Sertai Aktiviti Memasak Bubur Lambuk Cetak Emel
Hear this article

Profesor Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sempat meluangkan masa hadir ke perkarangan masjid UTHM untuk turut sama sertai aktiviti memasak bubur lambuk pada Rabu, 24 Ogos.

Kehadiran Naib Canselor disambut gembira oleh jawatankuasa program dan aktiviti gotong royong tersebut berjalan lancar sehingga program selesai.

Bubur lambuk yang resepinya diilhamkan oleh Jawatankuasa Masjid daerah Batu Pahat, Encik Hamsan Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Pak Wahid ini sememangnya enak dan sentiasa mendapat sambutan hangat setiap tahun.

Masjid UTHM mengagihkan bubur lambuk secara percuma kepada kakitangan dan para pelajarnya pada setiap Rabu sepanjang bulan Ramadan.

Seperti minggu sebelumnya, 5 kawah bubur lambuk siap dimasak dan aktiviti pengagihan mula dijalankan pada pukul 3.30 petang.

Minggu ini merupakan minggu terakhir program menyedia dan mengagihkan bubur lambuk kepada warga universiti kerana minggu depan semua umat Islam akan mula menyambut kedatangan bulan syawal.

 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
18 June 2013 09:47
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.