Login | FAQs | About UTHM Portal
Laman Utama arrow Arkib Berita arrow Marhaban AKRAB UTHM Siri 2.0 Meriah
Marhaban AKRAB UTHM Siri 2.0 Meriah Cetak Emel
Hear this article
Parit Raja 18 Sept - Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia (AKRAB), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia melalui Unit Kebajikan dengan kerjasama Unit Publisiti untuk kali keduanya telah menganjurkan Program Marhaban AKRAB, kali ini bermula di Kg Parit Arshad Yong Peng dan berakhir di Taman Mekar, Ayer Hitam. Objektif utama di adakan program ini adalah untuk mengeratkan tali silaturahim antara ahli AKRAB yang menyertai rombongan marhaban serta untuk meraikan Hari Kemerdekaan yang kebetulan disambut pada bulan yang sama.

Program Marhaban AKRAB pada tahun ini telah disertai oleh sembilan rumah ahli AKRAB UTHM peningkatan sebanyak 20% berbanding tahun sebelumnya yang hanya tujuh buah rumah. Kediaman yang terlibat ialah kediaman mertua En Mohd Hatta Mohd Ali (Kg Pt Arshad, Yong Peng), kediaman En Abdul Ghani Mohammad (Parit Samijan), kediaman En Ahmad Rizal Miskam (Parit Haji Rais), kediaman En Roslan Md Taha (Taman Pintas Jaya 2), kediaman En Sahizan Sagi (Parit Raja Darat), kediaman Hajah Sarebah Warman (Taman Manis), kediaman Hajah Nafisah@Kamariah Md Kamaruddin (Taman Manis), kediaman Puan Normardiana Mardi (Taman Manis), kediaman En Zakaria Yasin (Taman Mekar, Ayer Hitam). Turut sama menyertai rombongan marhaban ini ialah pasangan ahli AKRAB masing-masing dan anak - anak. Pada tahun ini juga buat pertama kalinya AKRAB UTHM telah memohon khidmat daripada Unit Ucitv untuk rakaman video dan fotografi.

Program telah bermula seawal 8.00 pagi yang mana kesemua ahli rombongan telah berkumpul terlebih dahulu di Dataran Anggerik UTHM untuk upacara pelepasan rasmi oleh Pengarah Program. Ahli rombongan telah tiba di rumah pertama pada jam 9.15 pagi. Semasa tiba di rumah kelima kesemua ahli rombongan telah berhenti rehat untuk solat zuhur. Program diteruskan semula kira-kira jam 1.45 petang. Kediaman Penasihat AKRAB UTHM telah menjadi perhentian terakhir anggota rombongan pada hari tersebut. Program telah tamat kira-kira jam 5.15 petang.

Pihak penganjur program ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ahli AKRAB yang menyertai program marhaban ini khususnya yang telah membenarkan kediaman mereka dikunjungi anggota marhaban. Terima kasih juga kepada unit Ucitv yang telah merakamankan perjalanan marhaban dari pagi sehingga petang. Semoga program ini akan dianjurkan lagi pada tahun - tahun berikutnya dengan lebih meriah lagi.

SAHIZAN SAGI
Ketua Unit Publisiti AKRAB UTHM
Penganjur bersama
Program Marhaban AKRAB UTHM siri 2.0
 

Pilihan Bahasa

W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
21 May 2012 12:00
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.


[+]
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • fresh color
  • warm color