Akademik | Fakulti Kejuruteraan Awam & Alam Sekitar |
|
|
PENGENALAN Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar ditubuhkan pada 1 Mei 2004 apabila pihak universiti melakukan penstrukturan semula fakulti. Ia merupakan gabungan dua jabatan iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam daripada Fakulti Kejuruteraan dan Jabatan Teknologi Kejuruteraan Pembinaan & Alam Sekitar. Jabatan Kejuruteraan Awam daripada Fakulti Kejuruteraan telah wujud sejak 13 September 1993 apabila Pusat Latihan Staf Politeknik ditubuhkan manakala Jabatan Teknologi Kejuruteraan Pembinaan & Alam Sekitar daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan yang telah ditubuhkan pada 30 September 2000 apabila ITTHO (Institut Teknologi Tun Hussein Onn) dinaiktaraf kepada KUiTTHO (Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn) dan seterusnya dinaiktaraf ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Fakulti ini menawarkan program akademik kepada pelajar di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah. Keunikan program di FKAAS adalah para pelajar didedahkan kepada latihan kemahiran selain daripada mengikuti subjek-subjek kejuruteraan awam. Dengan kelebihan tersebut pelajar dapat bersaing bagi memenuhi permintaan pasaran kerja masa kini. Di samping itu, para pelajar dibimbing oleh staf-staf akademik yang berwibawa dan berkelayakan profesional. JABATAN-JABATAN FKAAS terdiri daripada lima (5) jabatan, iaitu:
DEKAN Prof. Ir. Dr. Abdul Aziz bin Dato' Abdul Samad HUBUNGI KAMI Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam & Alam Sekitar UTHM 86400 Parit Raja Batu Pahat Johor No. Tel : 07-453 7302 No. Fax : 07-453 6070 Emel : Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya Laman Web : http://webapp.uthm.edu.my/fkaas/ |
|||
| Terakhir dikemaskini ( Rabu, 07 Mei 2008 ) | |||