Login | Soalan Lazim | Bantuan
Fakulti Kejuruteraan Awam & Alam Sekitar Cetak Emel

Hear this article
http://fkaas.uthm.edu.my/ 

 

PENGENALAN


Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar ditubuhkan pada 1 Mei 2004 apabila pihak universiti melakukan penstrukturan semula fakulti. Ia merupakan gabungan dua jabatan iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam daripada Fakulti Kejuruteraan dan Jabatan Teknologi Kejuruteraan Pembinaan & Alam Sekitar. Jabatan Kejuruteraan Awam daripada Fakulti Kejuruteraan telah wujud sejak 13 September 1993 apabila Pusat Latihan Staf Politeknik ditubuhkan manakala Jabatan Teknologi Kejuruteraan Pembinaan & Alam Sekitar daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan yang telah ditubuhkan pada 30 September 2000 apabila ITTHO (Institut Teknologi Tun Hussein Onn) dinaiktaraf kepada KUiTTHO (Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn) dan seterusnya dinaiktaraf ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Fakulti ini menawarkan program akademik kepada pelajar di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah. Keunikan program di FKAAS adalah para pelajar didedahkan kepada latihan kemahiran selain daripada mengikuti subjek-subjek kejuruteraan awam. Dengan kelebihan tersebut pelajar dapat bersaing bagi memenuhi permintaan pasaran kerja masa kini. Di samping itu, para pelajar dibimbing oleh staf-staf akademik yang berwibawa dan berkelayakan profesional.
 
JABATAN-JABATAN


FKAAS terdiri daripada lima (5) jabatan, iaitu:
  • Jabatan Kejuruteraan Bangunan dan Pembinaan (JKBP).
  • Jabatan Kejuruteraan Struktur dan Bahan (JKSB).
  • Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran (JKAP).
  • Jabatan Kejuruteraan Geoteknik dan Pengangkutan (JKGP).
  • Jabatan Teknologi Kejuruteraan Awam (JTKA).

DEKAN


Prof. Ir. Dr. Abdul Aziz bin Dato' Abdul Samad

HUBUNGI KAMI


Dekan
Fakulti Kejuruteraan Awam & Alam Sekitar
UTHM 86400 Parit Raja
Batu Pahat Johor

No. Tel : 07-453 7302
No. Fax : 07-453 6070
Emel : Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
Laman Web : http://fkaas.uthm.edu.my/

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 15 Oktober 2009 )
 
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.
Last update:
17 March 2010 11:30