Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM Tuan Rumah Mesyuarat Majlis Penasihat Undang-Undang IPTA Bil. 3/2011
UTHM Tuan Rumah Mesyuarat Majlis Penasihat Undang-Undang IPTA Bil. 3/2011 Print E-mail
Hear this article
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjadi tuan rumah untuk Mesyuarat Majlis Penasihat Undang-Undang IPTA bil. 3/2011 yang dihadiri 17 buah universiti pada 23 September lalu, bertempat di Dewan Jemaah, Aras 5, Bangunan Perpustakaan.
 
Kedatangan ahli mesyuarat yang terdiri daripada pegawai-pegawai Perundangan di IPTA ini disambut dengan Majlis Makan Malam bersama Profesor Ir. Dr. Zainal Abidin Ahmad, Penolong Naib Canselor (Pembangunan) yang mewakili pengurusan tertinggi universiti.

Sebelum mesyuarat dimulakan, Naib Canselor UTHM, Profesor Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin sempat memberi ucapan mengalu-alukan kedatangan semua wakil daripada IPTA yang terbabit.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pegawai Perundangan daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) itu telah mengambil masa hampir dua jam. Selain mengesahkan minit mesyuarat yang lalu, mesyuarat turut membentangkan kertas kerja serta laporan daripada setiap ahli Jawatankuasa.

Sebelum mengakhiri program, ahli mesyuarat sempat bergambar kenangan dan menikmati jamuan sempena sambutan hari raya anjuran Majlis Penasihat Undang-Undang IPTA (MPUU).

MPUU telah ditubuhkan sejak tahun 2005 melalui kelulusan Mesyuarat Naib-Naib Canselor IPTA Bil 1/2005. Takwim tahunan mesyuarat adalah sekurang-kurangnya 6 kali setahun dan mesyuarat akan diadakan di mana-mana IPTA mengikut giliran dan secara sukarela.
 
Oleh Suria, Unit Perhubungan Awam
Last Updated ( Selasa, 27 September 2011 )
 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
18 June 2013 09:47
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.