Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM Muncul Juara Berganda di Karnival Sukan Air MASUM 2011 Buat Kali Kedua
UTHM Muncul Juara Berganda di Karnival Sukan Air MASUM 2011 Buat Kali Kedua Print E-mail
Hear this article

Atlit-atlit UTHM Paddlers telah berjaya mempamerkan kehebatan dan membuktikan  kehandalan apabila berjaya merangkul kejuaraan berganda untuk muncul juara keseluruhan bagi acara rowing lelaki dan wanita di Karnival Sukan Air MASUM 2011 yang berlangsung di Kompleks Sukan Air Presint 6 Putrajaya pada 22 hingga 26 Jun 2011. Pasukan UTHM Paddlers juga merupakan penyumbang utama pingat emas bagi UTHM dengan menyumbang 6 pingat daripada 7 pingat emas yang dimenangi dalam Karnival Sukan MASUM 2011. Kejayaan ini turut mencatat kenangan manis apabila pasukan rowing wanita telah menyapu bersih semua pingat emas yang dipertandingkan iaitu sebanyak 3 pingat emas menerusi acara Women Four (W4-) 1000m, Women Coxed Four (W4+) 1000m dan Women Eight (W8+) 1000 meter. Manakala pasukan rowing lelaki berjaya merangkul 2 pingat emas dan 1 gangsa menerusi acara Men Four (M4-) 1000m dan Men Eight (M8+) 1000m serta Men 4+ 1000m pingat gangsa.

Kejayaan merangkul juara keseluruhan kali ini mengulangi kejayaan pada tahun 2009 dengan jumlah pingat yang sama dan pada tahun 2010 UTHM telah mengekalkan Johan Keseluruhan dalam kejohanan Varsity Boatrace peringkat antarabangsa.

Pasukan rowing dan kayak telah menjalani latihan bermula dari awal tahun 2011 di bawah bimbingan penyelaras sukan air Encik Shaid Jaffar, jurulatih pasukan rowing Encik Azlie Abd Jalil dan jurulatih kayak Encik Khaizan Khamis. Pasukan ini telah membuktikan bahawa kemudahan yang serba kekurangan bukanlah alasan untuk mencipta kejayaan tetapi disiplin dan semangat juang yang tinggi untuk memartabatkan nama UTHM di persada kebangsaan dan antarabangsa selaku kuasa sukan air telah membuktikan bahawa pasukan UTHM Paddlers tiada tandingannya dengan mana-mana pencabar dari universiti-universiti yang menguasai acara sukan ini.

Dalam pada itu UTHM telah menghantar sebanyak 9 pasukan pada Karnival Sukan MASUM 2011 yang berlangsung pada 18 hingga 30 Jun 2011 yang melibatkan fasa 1 dan 2 di mana UPM telah diberi kepercayaan selaku tuan rumah kejohanan. Dalam kejohanan ini UTHM telah berjaya memperolehi 1 emas, 2 perak dan 3 gangsa. Pingat emas UTHM disumbangkan oleh pasukan silat melalui acara Silat Olahraga Putera B manakala pingat perak melalui olahraga acara Lompat Jauh Wanita dan 400m Berpagar Wanita, pingat gangsa diperolehi dalam acara Silat Olahraga Putera G dan acara olahraga 100m Wanita serta Hepthatlon Wanita. Pada fasa 2 Karnival Sukan MASUM UTHM hanya menghantar 1 pasukan sahaja iaitu sofbol lelaki yang menyaksikan telah  berjaya ke peringkat separuh akhir namun telah tewas kepada pasukan UiTM dalam penentuan tempat ke 3 dan 4.

Di samping itu, Pasukan Bola Sepak UTHM juga telah berjaya ke peringkat separuh akhir Liga Bola Sepak IPT Grand Final 2011 yang berlangsung di UiTM Shah Alam pada 30 Jun hingga 10 Julai 2011. Namum pada penentuan tempat ke 3 dan 4 pasukan UTHM telah tewas kepada pasukan UKM.  

 

Keputusan Penuh Pungutan Pingat Karnival Sukan MASUM dan Karnival Sukan Air MASUM 2011

 

Bil

Acara

Emas

Perak

Gangsa

1

MASUM Sirkit 1

Olahraga

Pencak Silat

 

-

1

 

2

-

 

1

1

2

 

Kejohanan Sukan Air MASUM

Kayak Lelaki dan Wanita

Rowing Lelaki dan Wanita

 

 

1

5

 

 

1

-

 

 

-

1

 

JUMLAH

7

3

3

 Disediakan oleh, Pusat Sukan UTHM

Last Updated ( Rabu, 05 Oktober 2011 )
 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
23 May 2013 14:58
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.