Akademik
Fakulti
Kejuruteraan Elektrik & Elektronik | Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik |
|
|
PENGENALAN
Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah ditubuhkan pada 1 Mei 2004 bagi melaksanakan program-program teknologi dan kejuruteraan. Penubuhan FKEE adalah hasil penstrukturan semula Fakulti Kejuruteraan (FK) dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK).
FKEE mempunyai lima jabatan iaitu : 1. Jabatan Kejuruteraan Komunikasi (JEP) 2. Jabatan Kejuruteraan Komputer (JEC) 3. Jabatan Kejuruteraan Elektrik Kuasa (JEK) 4. Jabatan Kejuruteraan Elektronik (JEL) 5. Jabatan Kejuruteraan Mekatronik dan Robotik (JER) Fakulti ini menawarkan program akademik kepada pelajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah. Keunikan program di FKEE adalah para pelajar didedahkan kepada latihan kemahiran selain daripada mengikuti subjek-subjek kejuruteraan elektrik dan elektronik. Dengan kelebihan tersebut pelajar dapat bersaing bagi memenuhi permintaan pasaran kerja masa kini. Di samping itu, para pelajar dibimbing oleh staf-staf akademik yang berwibawa dan berkelayakan profesional. VISI "Sebagai Peneraju Dalam Penjanaan Dan Aplikasi Ilmu Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik" MISI "Melahirkan Graduan Dinamik, Kreatif Dan Beretika Yang Mampu Menerajui Aplikasi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Untuk Kemakmuran Sejagat" OBJEKTIF
PROGRAM YANG DITAWARKAN Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik menawarkan program seperti berikut: 1. Doktor Falsafah Kejuruteraan Elektrik (Penyelidikan) 2. Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Kerja Kursus atau Penyelidikan) 3. Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian 4. Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Sistem Kuasa) dengan Kepujian 5. Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Kejuruteraan Komputer) dengan Kepujian 6. Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) dengan Kepujian 7. Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Mekatronik) dengan Kepujian 8. Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Perubatan) dengan Kepujian 9. Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Mikroelektronik) dengan Kepujian Jabatan di FKEE 1. Jabatan Kejuruteraan Elektrik Kuasa. (JEK) 2. Jabatan Kejuruteraan Elektronik (JEL) 3. Jabatan Kejuruteraan Mekatronik dan Robotik (JER) 4. Jabatan Kejuruteraan Komputer (JEC) 5. Jabatan Kejuruteraan Komunikasi (JEP) Pusat Penyelidikan Wireless and Radio Science Centre (WARAS)
DEKAN (Memangku)
Prof. Ir. Dr. Zainal Abidin bin Ahmad HUBUNGI KAMI Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Takzim, Malaysia. Tel No : +(60)7-4537502/7509/ 8334 Fax No: +(60)7-4536060 E-mail : Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya , Website : http://fkee.uthm.edu.my/ |
|||
| Terakhir dikemaskini ( Rabu, 13 Mac 2013 ) | |||
| Bakal Pelajar |
| Pelajar |
| Alumni |