Akademik
Fakulti
Pendidikan Teknikal dan Vokasional | Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional |
|
|
PENGENALAN
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) , dahulu dikenali sebagai Fakulti Pendidikan Teknikal (FPTek), diasaskan pada 20 September 2000 sebagai Jabatan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (JPTek) dibawah pentadbiran Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Kolej Universiti Tun Hussein Onn (KUiTTHO).
VISI
Untuk menjadi pusat rujukan dan sumber bertaraf dunia dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV) menerusi penyelidikan, pembangunan dan persepaduan teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020.
MISI
OBJEKTIF
Objektif utama fakulti ini adalah:
• Untuk menawarkan program berkualiti dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV). • Untuk menjalankan penyelidikan dan menawarkan dapatan akademik terkini dalam bidang PLTV. • Untuk menubuhkan pusat sumber dan menawarkan khidmat kepakaran teknikal dalam bidang PLTV. • Untuk menerajui pembangunan kaedah dan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang PLTV. • Untuk menyuburkan kualiti profesional penyelidikan di kalangan akademia dan tenaga sokongan di UTHM. • Untuk menyokong pembangunan profesionalisma modal insan dalam bidang PLTV. • Untuk menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat dalam bidang PLTV. • Untuk menaik taraf kompetensi kepakaran dalam bidang PLTV selari dengan program transformasi modal insan negara. • Untuk menerbit bahan akademik berkualiti untuk menambah baik penawaran sistem PLTV negara.
FUNGSI
Fungsi dan tanggungjawab warga fakulti ini adalah tertumpu ke arah memenuhi visi, misi dan objektif Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, menerusi memenuhi lapan bidang aktiviti akademik, seperti berikut:
1.1. Pengajaran dan Pembelajaran: Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkualiti berpusatkan pelajar yang bersesuaian dalam PLTV. 1.2. Penyelidikan dan Pembangunan: Menjalankan penyelidikan dan pembangunan berfokuskan keperluan industri pendidikan berasaskan kehendak kepada produk inovatif dan kreatif industri pendidikan dan industri berkaitan pendidikan. 1.3. Penerbitan dan Penulisan Akademik Membudayakan aktiviti penulisan dan penerbitan yang lebih kreatif dan inovatif dalam PLTV. 1.4. Perundingan: Untuk menjana perkongsian pintar antara fakulti dan industri dalam menambah baik kepakaran, pengetahuan dan kemahiran dalam PLTV. 1.5. Pembelajaran Sepanjang Hayat: Untuk membudayakan pembabitan dalam aktiviti pembelajaran sepanjang hayat menerusi seminar, kolokium, forum dan bengkel pembangunan profesionalisma dalam PLTV. 1.6. Pembangunan Staf Untuk membangunkan aktiviti pembangunan modal insan yang holistik dalam PLTV. 1.7. Perkhidmatan Komuniti dan Sosial: Menjalinkan hubungan lestari antara fakulti dengan komuniti setempat. 1.8. Pengantarabangsaan: Menjalinkan kerjasama serantau dan antarabangsa menerusi program seperti pertukaran pelajar, pertukaran akademia, penyelidikan dan aktiviti pembangunan untuk menambahbaik daya saing fakulti. JABATAN-JABATAN DI FAKULTI
Penstrukturan jabatan di Fakulti Pendidikan Teknikal adalah terdiri daripada jabatan-jabatan berikut:
Jabatan Ikhtisas Pendidikan
Keprofesionalan ahli profesion Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional adalah melampaui segala pengetahuan, kemahiran dan watak yang ditunjukkan menerusi amalan ikhtisas dalam pelbagai disiplin pendidikan, mengikut Kod and Etika Profesion Perguruan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Jabatan ini memfokus kepada:
1) Melaksanakan kursus-kursus ikhtisas keguruan menerusi program pra-perkhidmatan dan dalam-perkhidmatan Latihan Guru Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TT-TVET), pada peringkat ijazah Sarjana Muda, Diploma Lepasan Ijazah, Sarjana dan Kedoktoran.
2) Melaksanakan kursus-kursus peningkatan ikhtisas pendidikan untuk menerap pengetahuan, kemahiran dan watak keguruan mengikut piawaian etika profesion perguruan.
Jabatan Pendidikan Kejuruteraan
Pendidikan Kejuruteraan adalah aktiviti pengajaran pengetahuan dan prinsip berkaitan dengan teras amalan kejuruteraan. Jabatan ini bertanggungjawab kepada pengendalian pengajaran dan pembelajaran pengetahuan konten dan prinsip kejuruteraan dan teknologi kepada bakal guru program Sarjana Muda Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan) di fakulti ini. Antara kursus-kursus berkaitan pengajaran ilmu kejuruteraan yang dikendalikan di jabatan ini adalah dalam bidang kejuruteraan sivil, elektrik, mekanikal dan teknologi maklumat.
Pendidikan vokasional adalah pendidikan yang memajukan potensi kecenderungan dan kemahiran yang dapat disalurkan kearah mencerburi kerjaya berkemahiran secara spesifik. Jabatan ini bertanggungjawab dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran pengetahuan dan kemahiran proses dan prosedur kerja menerusi sistem prantisan mengikut kriteria Piawaian Kompetensi Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dalam Sistem Latihan Dual Kebangsaan (NDTS) Malaysia.
Buat masa kini, program-program Kemahiran (SKM) Pensijilan Kemahiran Malaysia yang ditawarkan di bawah Jabatan Pendidikan Vokasional adalah;
• Elektrik & Elektronik
• Binaan Bangunan
• Kimpalan dan Fabrikasi Logam
• Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
• Pemesinan Am
• Multimedia Kreatif
• Hotel Katering
Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (ACTiVE)
PROGRAM YANG DITAWARKAN
1. Doktor Falsafah Pendidikan Teknik dan Vokasional
2. Doktor Falsafah Pendidikan 3. Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional (Penyelidikan / Kerja Kursus) 4. Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Awam) 5. Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Elektrik) 6. Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Mekanikal) 7. Sarjana Pendidikan Teknikal (Reka Bentuk Instruksional dan Teknologi) 8. Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional 9. Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) 10. Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Elektrik dan Elektronik) Dengan Kepujian 11. Sarjana Muda Pendidikan dan Vokasional (Katering) Dengan Kepujian 12. Sarjana Muda Pendidikan dan Vokasional (Binaan Bangunan) Dengan Kepujian 13. Sarjana Muda Pendidikan dan Vokasional (Pemesinan Am) Dengan Kepujian 14. Sarjana Muda Pendidikan dan Vokasional (Kimpalan dan Fabrikasi Logam) Dengan Kepujian 15. Sarjana Muda Pendidikan dan Vokasional (Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara) Dengan Kepujian 16. Sarjana Muda Pendidikan dan Vokasional (Multimedia Kreatif) Dengan Kepujian 17. Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah 18. Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah
KEMUDAHAN MAKMAL
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional telah menyediakan pelbagai kemudahan moden dan terkini untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran pelajar. Kemudahan makmal di fakulti ditadbirkan mengikut jabatan-jabatan di fakulti dan dibahagikan kepada Makmal Jabatan Ikhtisas Pendidikan (JIP), Makmal Jabatan Pendidikan Kejuruteraan (JPK) dan Makmal Jabatan Pendidikan Vokasional (JPV).
Makmal Jabatan Ikhtisas Pendidikan
• Makmal Pengajaran Multimedia & IT • Makmal Pengajaran Mikro • Makmal Komputer Umum • Makmal Audio Digital • Makmal Video Digital • Makmal Fotografi • Makmal Repografi • Pusat Sumber Pendidikan • Pusat ACTiVE • Studio Senibina / Makmal Komputer COMPTIA • Studio Pendidikan Makmal Jabatan Pendidikan Kejuruteraan
• Makmal Penyamanan Udara & Penyejukbekuan Domestik & Perdagangan
• Makmal Penyamanan Udara & Penyejukbekuan Automotif • Makmal Kawalan dan Automasi Industri • Makmal Rekabentuk dan Automasi Industri • Makmal Teknologi Industri • Makmal Grafik Kejuruteraan • Makmal Komputer AutoCAD • Makmal Pendawaian Elektrik • Makmal Teknologi Elektrik • Makmal Elektronik • Makmal Komputer Senibina • Makmal Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu & Perabot • Makmal Kerja Bata dan Binaan • Makmal Fabrikasi & Kimpalan Logam • Makmal Pemesinan Am, Acuan & Tuangan • Makmal Kajidaya & Ukur Tanah Makmal Jabatan Pendidikan Vokasional
Jabatan Pendidikan Vokasional baru saja ditubuhkan pada tahun 2012. Sebagai jabatan termuda dalam fakulti ini, buat masa kini kami berkongsi kepakaran, staf dan fasiliti makmal yang sedia ada secara gunasama dengan jabatan-jabatan lain di fakulti ini. Kesemua makmal fakulti mematuhi spesifikasi keselamatan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), dan pada masa kini sedang dalam proses mendapatkan pentauliahan bagi menjalankan program-program Pensijilan Kemahiran Malaysia (SKM). Makmal-makmal ini adalah seperti berikut;
• Makmal Teknologi Penyamanan Udara & Penyejukbekuan • Makmal Penyamanan Udara & Penyejukbekuan Automotif • Makmal Kawalan dan Automasi Industri • Makmal Multi Media Kreatif • Makmal Komputer AutoCAD • Makmal Pendawaian Elektrik • Makmal Teknologi Elektrik • Makmal Elektronik • Makmal Komputer Senibina • Makmal Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu & Perabot • Makmal Kerja Bata dan Binaan • Makmal Fabrikasi & Kimpalan Logam • Makmal Pemesinan Am, Acuan & Tuangan • Makmal Kajidaya & Ukur Tanah • Makmal – Makmal Katering PELUANG KERJAYA
Sebagai sebuah fakulti profesional dan berpengalaman luas dalam TT-TVET, kesemua program di fakulti ini digubal dengan input terkini, hubungan erat dan rujukan berterusan pihak pemegang taruh pelbagai sektor TVET pada peringkat serantau dan antarabangsa. Fakulti ini diiktiraf sebagai Pusat UNESCO-UNEVOC Malaysia bagi TVET, mempunyai kolaborasi strategik dan dinamik hampir ke seluruh dunia. Program-program kami mendapat akreditasi jaminan kualiti dari MQA (Agensi Akreditasi Malaysia) dan SIRIM MS ISO 9001:2008 serta mendapat pengiktirafan penuh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi tujuan perlantikan ke jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam. Pada masa kini graduan kami sedang berkhidmat di seluruh negara dan luar negara, berjaya memajukan diri sebagai guru, jurulatih, pengajar, pentadbiran, pengurus, perancang bertauliah di institusi kerajaan dan swasta, atau pun sebagai usahawan berdaya maju.
Usaha berterusan terus diperhebatkan untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pusat bertauliah bagi Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia (SKM) dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia, dan juga dari agensi-agensi pensijilan guru vokasional antarabangsa yang diiktiraf. DEKAN
Dr. Razali bin Hassan
HUBUNGI KAMI
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor
Tel No : +607-456 4028/4122/4113/4012/4030/4011
Faks No : +607-4536585 Email : fptv @uthm.edu.my Laman Web : http://fptv.uthm.edu.my/
|
|||
| Terakhir dikemaskini ( Isnin, 29 April 2013 ) | |||
| Bakal Pelajar |
| Pelajar |
| Alumni |