Seminar, Courses and Conferences
AKRAB UTHM Hadiri Konvensyen AKRAB Kebangsaan Ke-2 di Putrajaya | AKRAB UTHM Hadiri Konvensyen AKRAB Kebangsaan Ke-2 di Putrajaya |
|
|
|
Putrajaya 5 Disember 2011 - Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia (AKRAB), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia hari ini telah menghadiri Konvensyen AKRAB Kebangsaan Kali ke - 2 yang telah di adakan di Dewan Sri Siantan Perbadanan Putrajaya. Konvensyen yang mengumpulkan lebih seribu ahli AKRAB dari seluruh kementerian , agensi dan jabatan di Malaysia itu telah bermula seawal 8.30 pagi dengan pembentangan kertas kerja bertajuk Perlaksanaan Buddy System Dalam Perkhidmatan Awam oleh YBhg Dr Aris bin Kasan , Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). Pembentangan kertas kerja yang seterusnya telah disampaikan oleh Dr Ruziati Bte Mior Ahamad Ariffin , Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Psikologi JPA. Kertas kerjanya bertajuk "Transformasi Minda AKRAB". Konvensyen telah berhenti rehat untuk minum pagi kira-kira jam 10 pagi sebelum disambung semula oleh pembentangan perkongsian kes, Encik Pauzan bin Ahmar Penerima Anugerah AKRAB Utama tahun 2010. Kemuncak acara Konvensyen pada hari tersebut ialah perasmian oleh YBhg Tan Sri Abu Bakar bin Haji Abdullah , Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Konvensyen telah berhenti rehat untuk makan tengahari sebelum bersambung untuk sesi petang iaitu pembentangan perkongsian pengalaman oleh Encik Faiz Ramzi bin Sutarji daripada SME Corporation Malaysia Penerima Anugerah AKRAB Gemilang 2010. Majlis Konvensyen telah diakhiri oleh sesi soal jawab ( Talk Circle ) antara ahli AKRAB dan panel daripada Majlis AKRAB Kebangsaan. Konvensyen berakhir kira-kira jam 5.00 petang.
Semoga kesemua wakil AKRAB UTHM yang menghadiri Konvensyen tersebut dapat mengambil sedikit sebanyak ilmu yang telah disampaikan oleh pembentang kertas kerja dan dapat menjadi panduan ke arah memperkasakan AKRAB di UTHM itu sendiri.
Sekian
Unit Publisiti, Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia (AKRAB), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, |
| Prospective Students |
| Current Students |
| Alumni |