News Archive
UTHM Naib Johan Pertandingan Bertutur Bahasa Mandarin Antara Universiti | UTHM Naib Johan Pertandingan Bertutur Bahasa Mandarin Antara Universiti |
|
|
|
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) muncul naib johan dalam pertandingan bertutur bahasa Mandarin anjuran Pusat Bahasa dan Kebudayaan Cina, Universiti Malaysia Pahang (UMP). Dua orang wakil universiti yang menyertai pertandingan tersebut adalah Isabella Anak Nikol (Pelajar Tahun 2 - FPTPK) dan Nik Tiara Atiqa Binti Samsudin (Pelajar Tahun 1 - FKASS) telah berjaya menduduki tempat kedua pertandingan tersebut yang dimenangi tuan rumah iaitu UMP. Mereka telah dilatih serta diiringi Guru Bahasa Mandari UTHM, Encik Lim Hong Swan. Pertandingan yang berlangsung pada 23-24 November 2011 itu bertujuan untuk mewujudkan peluang dan perangsang pembelajaran bahasa Mandarin dalam kalangan pelajar. Selain itu, program ini juga bertujuan mendedahkan pelajar dengan nilai-nilai positif dalam kebudayaan Cina. Antara universiti yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut ialah Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Universiti Teknikal Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Perlis (UniMaP) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Program ini telah banyak memberikan pengalaman yang berharga buat peserta yang tidak pernah didedahkan dengan aktiviti seperti ini. Hadiah yang telah dibawa pulang adalah wang tunai bernilai RM 250 berserta sijil penyertaan setiap seorang. Pertandingan yang julung kali diadakan ini diharap dapat menarik minat pelajar dalam menuntut bahasa asing dan menjadikannya sesuatu yang berguna dalam kehidupan dimasa hadapan kelak.
|
|
| Last Updated ( Rabu, 07 Disember 2011 ) |
| Prospective Students |
| Current Students |
| Alumni |