News Archive
Atlit Rowing UTHM Mencatat Pencapaian Tertinggi dalam Sukan Rowing dI Sukan SEA 2011 Palembang | Atlit Rowing UTHM Mencatat Pencapaian Tertinggi dalam Sukan Rowing dI Sukan SEA 2011 Palembang |
|
|
|
Seramai 4 orang atlit Paddlers Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang terpilih mewakili Malaysia di Sukan Sea 2011 Palembang telah mencatat pencapaian tertinggi dalam sukan di UTHM terutamanya sukan rowing serta mencatat sejarah apabila menjadi atlit dan pasukan UTHM pertama yang mewakili Malaysia di Peringkat Sukan Sea 2011 yang turut disertai oleh 11 negara asia tenggara.
Safwan bin Mat Jani, Mohd Zulfadli bin Rozali, Muhammad Fahmi bin Hamsi dan Mohamed Nursyafiq bin Mohamed Busari adalah atlit rowing UTHM yang pertama mencatat sejarah dalam sukan UTHM yang terpilih mewakili Malaysia dalam acara rowing bagi kategori Men 4- dan Men Boat Eight. Menduduki tempat ke-4 bagi acara Men 4- dan layak ke final bagi acara Men Boat Eight serta mencatat masa rekod baru kebangsaan bagi acara Men 4- adalah merupakan pencapaian tertinggi bagi UTHM dalam menyumbang atlit bagi mewakili Malaysia.
Rasa kebanggaan lahir bagi atlit UTHM adalah kerana atlit UTHM bukan atlit sepenuh masa seperti atlit-atlit luar negara yang telah membuat persiapan dua (2) tahun lebih awal, kekangan masa dalam akademik dan kekurangan kemudahan latihan tidak menjadi alasan untuk memberi cabaran dan saingan yang sengit ketika perlumbaan kepada negara-negara persaingan dalam sukan ini.
Satu kebanggaan dan pengiktirafan kepada UTHM apabila pasukan rowing telah menaikkan nama UTHM dalam persada sukan tanah air di peringkat antarabangsa bagi acara sukan air. UTHM juga akan menjadi contoh kepada semua IPTA bahawa UTHM mampu melahirkan wira-wira sukandi peringkat antarabangsa di masa akan datang.
Kejohanan Varsity Boatrace 2011 yang telah berlangsung di Putrajaya pada 3 hingga 9 Oktober 2011 telah memperlihatkan empat atlit UTHM ini menyumbangkan 1 pingat emas untuk kontijen Malaysia menerusi acara Men 4- 2000m serta pingat perak dalam acara Men Boat Eight. Kejohanan yang berprestij ini juga turut disertai universiti - universiti tempatan serta universiti luar negara dari Thailand, Hong Kong, Indonesia, Jepun, United Kingdom, Singapura, Filipina dan Colombo.
Di kejohanan ini pasukan UTHM telah berjaya menggondol 2 pingat emas menerusi acara Kayak Lelaki TK1 500m oleh Wan Mohamad Arif bin Wan Hussein dan gandingan Norhafizan bin Nezere serta Mohd Azizan bin Ismail melalui acara Kayak Lelaki K2 500m, pingat perak pula disumbangkan oleh pasukan rowing wanita menerusi acara W4+ dan pingat gangsa juga melalui pasukan rowing wanita menerusi acara W8+.
Pusat Sukan UTHM juga merasa bangga kerana kesemua atlit yang mewakili Malaysia dilahirkan di UTHM menerusi program yang dikendalikan oleh Pusat Sukan dan pencarian atlit yang berbakat dalam pembentukan pasukan UTHM dengan kekuatan staf Pusat Sukan dan kerjasama dari semua pihak yang terlibat dalam pembangunan sukan di UTHM.
Dikeluarkan oleh: Shafry Salim Pegawai Perhubungan Awam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Tel: 607-453 7025 / 019-7571007 Emel: This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it |
||
| Prospective Students |
| Current Students |
| Alumni |