Arkib Berita
Penyelidik UTHM Terima Projek Terbaik Seminar Hasil Penemuan Penyelidikan FRGS Fasa 1/2008 | Penyelidik UTHM Terima Projek Terbaik Seminar Hasil Penemuan Penyelidikan FRGS Fasa 1/2008 |
|
|
|
Pihak Kementerian Pengajian Tinggi telah mengadakan Seminar Hasil
Penemuan Penyelidikan di bawah Skim Geran Penyelidikan Fundamental
(FRGS) Fasa 1/2008 pada 3 November 2011
yang lalu di Klana Resort, Seremban. Hasil seminar tersebut, pihak
Kementerian dengan sukacitanya telah meluluskan satu projek penyelidikan
daripada UTHM di bawah Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) oleh
penyelidik iaitu, Dr. Muhammad Yusof b. Ismail (FKEE) bertajuk
"Monopulse Reconfigurable Reffectarray Antenna Based on Phased Agile
Properties". Sehubungan itu, pihak Kementerian juga telah memberikan
peruntukan tambahan bagi lanjutan projek penyelidikan tersebut berjumlah
RM 195,000.00.
Tahniah di atas kejayaan tersebut. Semoga ia memberikan inspirasi kepada para penyelidik untuk membawa kecemerlangan penyelidikan di UTHM. -- Shafry Salim Pegawai Perhubungan Awam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor Tel.: 07-453 7025 / 019-757 1007 Faks: 07-453 6177 |
| Bakal Pelajar |
| Pelajar |
| Alumni |




