Login | FAQs | About UTHM Website
Laman Utama arrow Hal Ehwal Pelajar
Pejabat Hal Ehwal Pelajar Cetak Emel
Hear this article
http://hep.uthm.edu.my 

 

PENGENALAN


Pejabat Hal Ehwal Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni). Memang menjadi hasrat dan keutamaan Pejabat Hal Ehwal Pelajar untuk membantu dan saling melengkapi program akademik bagi membina mahasiswa yang cemerlang dan bersahsiah mulia.

Bagi menyokong proses pembelajaran yang efektif serta persekitaran yang kondusif, Pejabat ini merancang untuk meningkatkan prasarana yang perlu secara berterusan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar. Di samping itu, Pejabat ini juga menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang telah menjadi teras untuk membina jati diri, sahsiah murni dan ketrampilan diri yang sempurna sebagai individu yang produktif serta mempunyai kepekaan sosial.

Pejabat ini mempunyai beberapa unit untuk mengendalikan pelbagai program, memberi khidmat nasihat serta menyokong pentadbiran universiti, seperti berikut:
  • Unit Pentadbiran dan Kewangan
  • Unit Bantuan Kewangan Mahasiswa
  • Unit Tatatertib Mahasiswa
  • Unit Latihan dan Pembangunan Mahasiswa
  • Unit Perumahan
  • Unit Kebajikan dan Kecemasan

TIMBALAN PENDAFTAR



En. Abdul Malek bin Ibrahim

HUBUNGI KAMI


Pejabat Hal Ehwal Pelajar
UTHM 86400 Parit Raja
Batu Pahat Johor

No. Tel : 07-453 7035
No. Fax : 07-453 6052
Emel : Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
Laman Web : http://hep.uthm.edu.my
Terakhir dikemaskini ( Khamis, 14 Januari 2010 )
 

Pilihan Bahasa

W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
03 February 2012 07:12
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.


[+]
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • fresh color
  • warm color