Login | FAQs | About UTHM Portal
Laman Utama arrow Arkib Berita arrow UTHM tuan rumah Mesyuarat Pemantauan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) KPT
UTHM tuan rumah Mesyuarat Pemantauan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) KPT Cetak Emel
Hear this article

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjadi tuan rumah untuk Mesyuarat Pemantauan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bil. 1/2012 pada 13 Februari lalu, bertempat di Dewan Jemaah, Aras 5, Perpustakaan.

Sebanyak 19 universiti dan satu agensi iaitu Malaysian Qualifications Agency (MQA) telah hadir menyertai mesyuarat tersebut. Manakala seramai 32 orang pegawai yang menguruskan mesyuarat MBJ di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan agensi masing-masing hadir untuk menjayakan mesyuarat itu.

Kedatangan mereka disambut dengan majlis makan malam, sesi bergambar kenangan dan lawatan ke tempat kraftangan, Ayer Hitam dan kilang kerepek sekitar Parit Raja, Batu Pahat.

Sebelum mesyuarat dimulakan, Pendaftar UTHM; Encik Sulam Hamid memberi ucapan mengalu-alukan kedatangan semua wakil daripada IPTA dan agensi yang terbabit.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Bahagian, Pengurusan Sumber Manusia KPT; Encik Md Sani Latip itu telah mengambil masa lebih dua jam. Selain mengesahkan minit mesyuarat yang lalu, mesyuarat turut membentang kertas kerja, membincangkan perkara-perkara berbangkit dan pekeliling-pekeliling baru kerajaan.

Mesyuarat ini bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan berkenaan bidang tugas masing-masing dan diadakan sekurang-kurangnya tiga kali setahun di mana-mana IPTA mengikut giliran secara sukarela. UTHM berbangga dapat menjadi tuan rumah untuk mesyuarat pada kali ini kerana perhimpunan sebegini secara tidak langsung dapat mempromosikan UTHM dalam kalangan IPTA lain.



--
Shafry Salim
Pegawai Perhubungan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor
Terakhir dikemaskini ( Selasa, 14 Februari 2012 )
 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
18 Jun 2013 09:47
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.