Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Kongres Kepimpinan 2012 - didik mahasiswa jadi pemimpin cemerlang
Kongres Kepimpinan 2012 - didik mahasiswa jadi pemimpin cemerlang Print E-mail
Hear this article
Lebih 1000 mahasiswa telah didedahkan dengan prinsip kepimpinan dan ciri pemimpin cemerlang dalam program Kongres Kepimpinan 2012 anjuran Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 1 Mac lalu.
Kongres Kepimpinan


Kongres yang diadakan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII) ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang prinsip-prinsip kepimpinan, fungsi, kemahiran dan sikap sebagai pemimpin, serta untuk menyemarakkan lagi semangat kekitaan dan toleransi dalam kalangan pelajar.

Profesor Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM dalam ucaptamanya berkata kongres kepimpinan ini merupakan kali pertama diadakan di universiti ini dan beliau berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Kongres Kepimpinan

"Selaras dengan tema "Transformasi Kepimpinan Muda Nadi Penggerak Modal Insan," saya berharap kongres ini dapat membuka mata dan minda golongan pelajar khususnya terhadap kepentingan konsep dan corak kepimpinan yang perlu wujud dalam diri masing-masing," katanya.

Dalam ucapan yang mengambil masa hampir satu jam itu, beliau turut berkongsi ilmu dan pengalamannya sebagai seorang pemimpin dengan mengupas lebih lanjut mengenai ilmu-ilmu kepimpinan. Beliau turut menyentuh tentang istilah-istilah dalam kepimpinan dan huraian kepada tema kongres tersebut.    

Sementara itu, Profesor Haji Ab. Aziz Abdul Latiff, Dekan Pusat Pengajian Diploma berkata kongres ini bertujuan untuk meningkatkan lagi motivasi pelajar dengan mendalami ilmu kepimpinan supaya mereka dapat menjadi pemimpin yang cemerlang dalam organisasi masing-masing nanti.

"Saya berharap program ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para mahasiswa dalam membentuk potensi diri ke arah mencapai kecemerlangan" katanya lagi.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Ir. Dr. Abdul Aziz Dato' Abdul Samad dan beberapa Pegawai Kanan UTHM.

Sepanjang kongres ini berlangsung, tiga sesi ceramah telah dikendalikan oleh penceramah berpengalaman. Ceramah pertama bertajuk "Pembentukan Keperibadian dalam Kepimpinan Menuju Kecemerlangan Kerjaya," telah disampaikan oleh Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SUKAGUAM), Dato' Khairul Anwar Rahmat.

Sementara itu Pengerusi Eksekutif dan Perunding Korporat DCL, Dato' Haji Stapa Omar  menyampaikan ceramah bertajuk "Transformasi ke arah Kelestarian Kepimpinan Global." Manakala Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad (KPJ), Datin Paduka Siti Sa'diah Sheikh Bakir pula menyampaikan ceramah bertajuk "Survival Skills for the Future."

Selain itu, kongres tersebut juga diselitkan dengan pembentangan aktiviti mobiliti pelajar ke tiga negara iaitu Kemboja, Singapura dan Indonesia. Dalam pembentangan tersebut, sekumpulan pelajar yang terdiri daripada peserta program telah berkongsi pengalaman mereka ketika berada di negara-negara terbabit.
kongress kepimpinan

Dikeluarkan oleh
--
Shafry Salim
Pegawai Perhubungan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor
Tel.: 07-453 7025 / 019-757 1007
Faks: 07-453 6177
Last Updated ( Selasa, 06 Mac 2012 )
 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
23 May 2013 11:43
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.