Login | FAQs | About UTHM Portal
Laman Utama arrow Arkib Berita arrow Pasukan UTHM Menggondol Anugerah Rekabentuk Robot Terbaik di MUROC 2012
Pasukan UTHM Menggondol Anugerah Rekabentuk Robot Terbaik di MUROC 2012 Cetak Emel
Hear this article


RABU, 28 FEB - Pasukan Rope Climbing Robot UTHM  telah dinobatkan sebagai juara bagi kategori Rekabentuk Robot Terbaik di Malaysian University Robotics Competition (MURoC) 2012 bertempat di Dewan 2020, Perlis. Robot seberat 0.99 kilogram yang menggunakan konsep ‘sloth' telah mendapat perhatian para juri yang mengadili kategori tersebut.
muroc
Pasukan Rope Climbing Robot UTHM daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) dianggotai oleh Mohd Izzad bin Ahmad Zabidi dan Mohd Fitri bin Mohd Jamil dan Mohamad Ali bin Selimin. Pasukan ini telah memenangi sebanyak 7 daripada 10 perlawanan dan telah berjaya menempatkan diri dalam lingkungan sepuluh pasukan terbaik. Tidak ketinggalan juga, UTHM telah menghantar pasukan Rope Climbing Robot dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE). Mereka juga telah memberikan saingan yang hebat dalam peringkat kumpulan dan berjaya menyaingi pasukan dari universiti lain.
Bagi acara Fire Fighting Robot pula, UTHM  telah menghantar dua orang peserta dari FKEE untuk bertanding dalam pertandingan tersebut. Daripada 10 perlawanan yang telah dipertandingkan dalam peringkat kumpulan, pasukan ini telah mencatat 5 kemenangan dan 1 seri. Mereka telah berusaha sedaya upaya untuk melayakkan diri ke peringkat saringan. Walaubagaimana pun, nasib tidak menyebelahi mereka disebabkan oleh masalah teknikal yang berlaku pada robot di saat-saat akhir.

Tidak kurang hebatnya juga, pertandingan yang mendapat perhatian ramai pengunjung adalah Paintball Robot. UTHM telah menghantar sebuah pasukan bagi kategori ini yang terdiri daripada pelajar-pelajar FKMP iaitu Niwat A/L Froom, Mohd Tumari Bin Kadry, Muhd Azmil Bin Zainun dan dibantu oleh beberapa orang pit krew. Pasukan ini telah mengungguli tempat pertama di dalam peringkat kumpulan. Keputusan yang dicatatkan di peringkat kumpulan cukup membanggakan. Pasukan ini telah berjaya mengalahkan Japan Malaysian Technical Institute (JMTI) dengan 65 - 0, seterusnya berjaya mengecewakan pasukan dari Universiti Malaysia Perlis (UniMaP B) dengan markah 35 - -20 dan menyempurnakan kemenangan dengan mengalahkan Kolej Kemahiran Tinggi Mara Kuantan (KKTM) dengan 35 - 0. Akan tetapi, pasukan ini gagal untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada tahun 2011 apabila terkandas di peringkat suku akhir.
Kesemua ahli-ahli pasukan yang bertanding di MURoC 2012 mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Teknikal yang terlibat secara langsung atau tidak langsung terutamanya  pensyarah, pengajar dan juruteknik di Makmal Perkakasan Mesin Berkomputer, Makmal Permesinan Termaju dan Makmal Simulasi dari FKMP. Tidak ketinggalan juga Makmal Mekatronik dan Robotic dari FKEE yang bekerja keras dan bertungkus lumus dalam penghasilan setiap robot ini yang telah membuahkan hasil yang membanggakan UTHM. Semoga UTHM akan maju selangkah demi selangkah dengan jayanya, apabila menghasilkan graduan yang kreatif, inovatif dan berdaya saing di dalam negara mahupun luar negara.  
 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
22 May 2013 07:57
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.