Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow AKRAB UTHM Melantik Barisan Majlis Tertinggi Baru Bagi Sesi 2012/14
AKRAB UTHM Melantik Barisan Majlis Tertinggi Baru Bagi Sesi 2012/14 Print E-mail
Hear this article

Penubuhan Persatuan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia (AKRAB) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia pada awal 2008 telah melakarkan satu sejarah dalam pembangunan UTHM. Persatuan ini yang dahulunya dikenali sebagai AKRAM  mempunyai tujuan untuk melahirkan pembimbing rakan sekerja di jabatan kerajaan dan menjadi wadah kepada seluruh staf UTHM untuk mendapatkan khidmat bimbingan kaunseling. Setelah 5 tahun diwujudkan, pada tahun ini sekali lagi AKRAB UTHM telah mengadakan mesyuarat agung tahunannya bagi kali ketiga dan pada kali ini ahli-ahlinya telah memilih pucuk pimpinan yang baru.

Di dalam ucapan perasmian Penasihat AKRAB , En Zakaria Yasin beliau antara lain menyampaikan harapan agar semua ahli AKRAB UTHM dapat bersatu dalam membangunkan AKRAB ke tahap yang lebih tinggi mulai tahun 2012 ini. Beliau pada dasarnya memuji dan mengucapkan tahniah kepada semua ahli yang terlibat dalam menjayakan program - program yang telah dijalankan pada penggal lepas.  Berikut ialah senarai barisan kepimpinan AKRAB untuk sesi 2012/2014.

BARISAN MAJLIS TERTINGGI AKRAB
SESI 2012-2014

Presiden                      : Dr. Mohd Sabri Bin Ismail (FSPTI)

Timbalan Presiden     : Prof. Madya Tn Hj Sapon Bin Ibrahim(FPTV)

Setiausaha                  : Pn Zusahidah Bte Husni(PTM)

Timb. Setiausaha       : Cik Norlin Bte Bistamam(Perwira)

Bendahari                   : En. Nor Azuwan Bin AB Rahman(FKEE)

Timb. Bendahari        : Pn Norsyalina Bte Idris(PPH)

Ketua Unit Publisiti   :  En Sahizan Bin Mohd Sagi( Audit Dalam )

Ketua Unit Latihan    :  En Zuraini Bin Tasri( Perpustakaan )   

Ketua Unit Kebajikan   :  En Mohammad Zamri Bin Ahmad( FKAAS )

Ketua Unit Sukan & Rekreasi    :  En Fakarul Hakim Bin Md Hanizam( Melewar )   

Auditor 1    :  Pn Rashidah Bte Mohd Yasin( PTM )

Auditor 2    :  En Yusof  Bin Romli( Keselamatan )    

Penasihat AKRAB UTHM , En Zakaria Yasin sekali lagi mengucapkan tahniah kepada yang telah dipilih menjadi barisan pimpinan AKRAB yang baru. Beliau mengharapkan agar semua ahli yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan penuh komited dan beredikasi.

Sekian makluman,
Berita disediakan oleh,
SAHIZAN SAGI,
Ketua Unit Publisiti ,
Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Samb : 7282

 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
18 June 2013 09:47
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.