News Archive
UTHM tuan rumah pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya IPTA 2012 | UTHM tuan rumah pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya IPTA 2012 |
|
|
|
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menjadi tuan rumah bagi majlis pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya IPTA 2012 pada 17 April 2012 ini. Program ini diadakan bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya dalam kalangan warga Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Majlis pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya IPTA 2012 akan diadakan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM. Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia; Datuk Ab. Rahim Md. Noor dijangka akan menyempurnakan majlis perasmian tersebut. Bersempena majlis perasmian tersebut, satu forum keselamatan jalan raya bertajuk “Transformasi Keselamatan Jalan Raya Bermula Dari Kampus” akan diadakan bagi memupuk kesedaran warga IPTA terhadap pentingnya mengutamakan keselamatan jalan raya. Selain itu, majlis tersebut juga akan menyaksikan penyampaian Anugerah Kemalangan Sifar Kepada Pemandu Kenderaan IPTA yang mempunyai rekod bersih dalam pemanduan dan hadiah kepada pemenang beberapa pertandingan yang telah dipertandingkan sebelumnya Sementara itu, gerai-gerai pameran mengenai transformasi keselamatan jalan raya turut diadakan di ruang legar Dewan Terbuka UTHM. Pelepasan Konvoi berbasikal IPTA menjadi acara penutup bagi majlis perasmian tersebut. UTHM juga akan mengadakan Kempen Keselamatan Jalan Raya bermula pada 16 hingga 20 April ini. Pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang empat hari program ini berlangsung. Antaranya ialah Pertandingan Explorace Keselamatan Jalan Raya, Konvoi Basikal Sekitar Kampus, Pertandingan Mencipta Poster dan Menulis Esei serta Khutbah Jumaat Khas mengenai Keselamatan Jalan Raya. . Pengedaran jaket dan pelekat keselamatan jalanraya serta pertukaran topi kaledar secara percuma akan diadakan sepanjang program berlangsung. Aktiviti lain seperti Kursus Pemanduan Selamat, pemeriksaan kereta, motosikal dan pemasangan tali pinggang keselamatan di bahagian belakang penumpang juga bakal diadakan. Orang ramai adalah dijemput untuk memeriahkan program Kempen Keselamatan Jalan Raya 2012 ini.
Oleh Shafry Salim
|
|
| Last Updated ( Jumaat, 13 April 2012 ) |
| Prospective Students |
| Current Students |
| Alumni |