Berita
Warga UTHM sambut baik Kempen ‘Earth Hour’ 2012 | Warga UTHM sambut baik Kempen ‘Earth Hour’ 2012 |
|
|
|
Bagi memastikan alam sekitar sentiasa terpelihara, seluruh penduduk dunia akan menyambut program ‘Earth Hour’ yang biasanya berlangsung pada hari Sabtu, minggu terakhir bulan Mac, setiap tahun. Justeru, warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) juga tidak ketinggalan menyambut program ini pada 31 Mac lalu. Kempen ‘Earth Hour’ ini bertujuan untuk memupuk kesedaran warga UTHM terhadap isu alam sekitar dan pemanasan global yang dilihat semakin hari menjadi semakin parah. Langkah ini sebagai tanda sokongan moral universiti kepada dunia dalam menyahut saranan World Wildlife Fund (WWF) bagi melindungi bumi dari terus dicemari manusia yang rakus mengejar pembangunan, tanpa menitikberatkan pemeliharaan alam sekitar. Program yang bertemakan “Padamkan Lampu dan Peralatan Elektrik Anda, Demi Kesejahteraan Bumi dan Manusia Sejagat” merupakan anjuran Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Hartabina (PPH), UTHM. Program ini berlangsung selama satu jam bermula pada pukul 8.30 hingga 9.30 malam. Tepat jam 8.30 malam, semua lampu di sekitar kawasan kampus serta lampu di dalam bangunan ditutup secara berperingkat. Tindakan ini menyebabkan seluruh kawasan kampus gelap gelita tanpa sebarang cahaya. Seluruh warga UTHM termasuk penghuni kolej kediaman telah menyambut baik program ini sekaligus membuktikan kesedaran mereka terhadap pentingnya memelihara dan memulihara alam sekitar untuk kebaikan bersama. Program ini juga telah mendapat kerjasama yang baik daripada pelbagai pihak seperti Unit Keselamatan, Pengetua serta warga kolej kediaman sekitar kampus. Sehubungan itu, PPH mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTj) dan warga universiti yang terlibat dalam menjayakan kempen ‘Earth Hour’ 2012 ini di UTHM. Terima kasih juga kepada kakitangan Unit Elektrik dan Mekanikal Bahagian Pengurusan Fasiliti dan Harta, PPH serta kru UCiTV yang turut berganding bahu bagi menjayakan kempen tersebut baru-baru ini. Semoga langkah ini dapat memberi kesedaran kepada warga UTHM agar sentiasa menjaga alam sekitar demi menjamin kesejahteraan bumi dan manusia sejagat. Secara tidak langsung usaha ini seiring dengan visi universiti iaitu menyumbang idea, kepakaran dan penyelidikan sains serta teknologi untuk kemakmuran sejagat. |
| Bakal Pelajar |
| Pelajar |
| Alumni |