Laman Utama arrow Hal Ehwal Pelajar arrow Pusat arrow Kemajuan dan Hubungan Alumni
Pusat Kemajuan dan Hubungan Alumni Cetak Emel

http://alumni.uthm.edu.my 

 

PENGENALAN


Sejarah UTHM bermula pada tahun 1993 iaitu bermulanya penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP), kemudian dinaiktaraf kepada Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) pada tahun 1996 dan seterusnya Kolej Universiti Tun Hussein Onn (KUiTTHO) pada tahun 2000 dan ditukar nama kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada tahun 2007.  Kini jumlah graduan atau disebut sebagai Alumni UTHM adalah hampir 10 000 orang yang mana kini sedang bekerja di pelbagai sektor pekerjaan dalam dan luar negara.

Unit Hubungan Alumni (UHA) UTHM telah ditubuhkan pada 16 Jun 2006 sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah naungan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) bagi memantapkan pengurusan dan pentadbiran Alumni UTHM. Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Universiti Bi. 1/2008 yang bersidang pada 22 Januari 2008 telah meluluskan penukaran nama UHA UTHM kepada Centre of Alumni Advancement and Relations (CARE), Pusat Kemajuan dan Hubungan Alumni dan dikenali sebagai CARE UTHM. Tiga unit utama diwujudkan bagi melicinkan urusan pengurusan dan pentadbiran PTJ iaitu Unit Pentadbiran dan Kewangan, Unit Kemajuan dan Hubungan serta Unit Pangkalan Data & Grafik.

Jawatankuasa Penaja Alumni UTHM juga telah ditubuhkan pada 13 Mac 2003 dan mula menyusun pelan tindakan bagi mematapkan urusan selanjutnya. Kini, pihak CARE UTHM juga telah melantik 14 orang Pengarah Penaja Alumni Sektor (Negeri) seluruh Malaysia dengan dibantu oleh ahli jawatankuasanya dengan tujuan untuk membantu peranan CARE UTHM dalam mewujudkan satu mekanisme terbaik penyebaran informasi terkini serta melaksanakan pelbagai aktiviti Alumni UTHM yang telah dirancangkan.

KETUA


Dr. Mohamad Hisyam bin Mohd. Hashim

HUBUNGI KAMI


Centre of Alumni Advancement and Relations (CARE)
Pusat Kemajuan dan Hubungan Alumni
UTHM 86400 Parit Raja
Batu Pahat Johor

No. Tel : 07-453 7819 / 7876 / 7918
No. Faks : 07-453 6084 (Pej. TNC HEPA)
Emel : Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
Laman Web : http://alumni.uthm.edu.my

Terakhir dikemaskini ( Rabu, 07 Mei 2008 )
 
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2008. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.