| Profesor Datin Dr. Maryati menang makalah terbaik Anugerah MAPIM 2011 |
|
|
|
Kuala Lumpur 30 April. Makalah bertajuk Impact of Forest Fragmentation on the Genetic Diversity and Population Structure of Pachycondyla Obscurants in Sabah, Malaysia Borneo telah diangkat sebagai Makalah Jurnal Terbaik Sains, Teknologi dan Perubatan dalam Anugerah MAPIM 2011. Makalah hasil tulisan Profesor Datin Dr. Maryati Mohamed bersama-sama Noel Tawatao, Neil E.Harper, Chey V Khen, Jeremy B. Searle dan Jane K. Hill ini terkandung di dalam Jurnal Asian Myrmecology Volume 4, 2011 yang diterbitkan oleh Penerbit UMS. Pada ketika ini, Dr. Maryati merupakan Profesor di Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar UTHM
MAPIM adalah singkatan kepada Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia iaitu satu majlis di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) yang menaungi semua penerbit IPTA dan turut dianggotai penerbit-penerbit agensi kerajaan seperti DBP, INTAN, MPOB dan lain-lain. Kriteria penilaian yang tinggi dengan penyertaan dari penerbit-penerbit ilmiah terkemuka telah menjadikan Anugerah MAPIM satu anugerah penerbitan ilmiah yang sangat berprestij di Malaysia pada ketika ini. Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur. Dalam ucapannya di majlis tersebut, Mohamed Khaled berkata, penulisan dan karya ilmiah menjadi wahana atau alat dalam proses perkembangan ilmu yang menambah pengetahuan, membuka minda, menyuntik kesedaran dan empati dalam kalangan masyarakat.
Katanya lagi "Penerbitan ilmiah dianggap sebagai pemangkin utama kepada pengukuhan tradisi ilmu, penyebaran dan perkembangannya kepada masyarakat dan Negara". |
| Prospective Students |
| Current Students |
| Alumni |