Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow KKTDI rangkul Anugerah Kolej Kediaman Terbaik dalam Malam Anugerah Pelajar 2011
KKTDI rangkul Anugerah Kolej Kediaman Terbaik dalam Malam Anugerah Pelajar 2011 Print E-mail
Hear this article

 
Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail (KKTDI), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya merangkul Anugerah Kolej Kediaman Terbaik pada Malam Anugerah Pelajar 2011 yang telah berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail pada 4 Mei 2012 lalu.

Anugerah yang dirangkul warga KKTDI itu merupakan satu penghargaan kepada mereka yang telah bertungkus lumus mentadbir, mengurus, melaksana serta membangunkan kolej kediaman menjadi satu penempatan pelajar yang terbaik.

Pengetua KKTDI, Dr. Khairul Azman Mohd. Suhaimy berkata anugerah yang dirangkul itu merupakan hasil kerjasama dan sokongan daripada seluruh warga kolej termasuklah kepimpinan terdahulu. Baginya sama seperti ungkapan "rumahku,syurgaku", usaha membangunkan kolej kediaman menjadi satu pusat yang selesa dihuni amat perlu untuk membantu meningkatkan lagi prestasi para pelajar.

Malam anugerah bertemakan "Glamorous" itu juga menyaksikan  penyampaian beberapa anugerah lain bagi 15 kategori yang dipertandingkan. Antaranya anugerah Mahasiswa/i Gemilang, Program Terbaik, Kolej Kediaman Terbaik, Pasukan Kebudayaan Terbaik, Kelab/Persatuan Terbaik dan Kepimpinan Terbaik.

Malam Anugerah Pelajar 2011 telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM, Tan Sri Dato' Ir. Jamilus Md Hussin. Beliau dalam ucapannya berkata kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum perlulah seiring dalam usaha melahirkan mahasiswa yang cemerlang dan berwibawa.

Justeru, beliau mengingatkan mahasiswa agar tidak melepaskan peluang yang ada dengan melibatkan diri dalam bidang ko-kurikulum atau sebarang aktiviti yang dianjurkan dan pada masa yang sama tetap tidak mengabaikan kecemerlangan akademik.

Hadir sama Naib Canselor UTHM, Profesor Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Ir. Dr. Abdul Aziz Dato' Abdul Samad; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Wahid Razzaly serta beberapa pegawai kanan universiti.

Majlis yang berkonsepkan makan malam itu turut diserikan dengan beberapa persembahan nyanyian dan tarian oleh para pelajar di bawah bimbingan Unit Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, UTHM. Tan Sri Dato' Ir. Jamilus juga turut mendendangkan dua buah lagu bagi memeriahkan lagi persembahan malam tersebut.

Penganjuran majlis ini bertujuan memberi galakan, penghargaan dan pengiktirafan kepada para pelajar, persatuan dan kelab yang telah banyak menyumbang bakti dan menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang kokurikulum mahupun akademik. Majlis ini juga adalah untuk memberi sokongan dan dorongan kepada mereka untuk meningkatkan lagi prestasi masing-masing dalam aspek pentadbiran, pengurusan kewangan, pelaksanaan program serta pembangunan ahli.
 

Keputusan Penuh Malam Anugerah Pelajar 2011:
 

ANUGERAH MAHASISWA GEMILANG 

FREEDIE HO KANG NENG

ANUGERAH MAHASISWI GEMILANG 

ERNI MULIATY ISMAIL

ANUGERAH PROGRAM TERBAIK (AKADEMIK)

ENGINEERING CONFERENCE 2011

ANUGERAH PROGRAM TERBAIK (REKREASI)

EXCHANGE OF IDEA (DI BAWAH BAYU)

ANUGERAH PROGRAM TERBAIK (KHIDMAT MASYARAKAT/SOSIAL/KEBAJIKAN) 

MISI AKADEMIK DAN BAKTI SISWA DI BANDA ACHEH

ANUGERAH PROGRAM TERBAIK (LATIHAN DAN KEPIMPINAN)

PROGRAM TUNAS HARAPAN SESI 2011/2012

ANUGERAH PROGRAM TERBAIK (KEBUDAYAAN DAN KESENIAN)

MALAM KEBUDAYAAN GEGAR TF

ANUGERAH SENI BUDAYA

MOHD RIDHWAN ABU BAKAR

ANUGERAH KOLEJ KEDIAMAN TERBAIK

KOLEJ KEDIAMAN TUN ISMAIL

ANUGERAH PASUKAN KEBUDAYAAN TERBAIK

 AKTIVIS PUISI DAN DRAMATIS

ANUGERAH KELAB/PERSATUAN TERBAIK

KELAB WARISAN

ANUGERAH KEPIMPINAN TERBAIK (SISWA)

NG BOON JOO

ANUGERAH KEPIMPINAN TERBAIK (SISWI)

NAIMAH BALQIS SHARI SHAWARUDDIN

ANUGERAH KHAS HEP

FREEDIE HO KANG NENG

NIK MUHD AFNAN NIK MUHD AFANDI

TUAN NOOR HASANAH TUAN ISMAIL

NUR KAMILAH YUSOF

KELAB STUDENT IN FREE ENTERPRISE (SIFE)

KELAB KAUNSELING DAN KERJAYA (KKDK)

KOLEJ KEDIAMAN TAMAN UNIVERSITI

KOLEJ KEDIAMAN TUN DR. ISMAIL

KOLEJ KEDIAMAN TUN FATIMAH

ANUGERAH KHAS PNC (HEPA)

MOHD HAFIZ ARIFFIN



-- 
Shafry Salim
Pegawai Perhubungan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor
Tel.: 07-453 7025 / 019-757 1007
Faks: 07-453 6548
BBM Pin: 28E080C2
Last Updated ( Rabu, 09 Mei 2012 )
 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
23 May 2013 14:58
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.