Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow 55 Pelajar FSKTM terima Pentauliahan Professional daripada Microsoft
55 Pelajar FSKTM terima Pentauliahan Professional daripada Microsoft Print E-mail
Hear this article
Oleh Mohd Hatta Hj Mohamed Ali @ Md Hani

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Syarikat Prestariang System Sdn Bhd telah menganjurkan Program Pentauliahan Profesional (3P) untuk para pelajar tahun akhir FSKTM.

Program 3P ini adalah salah satu daripada program-program nilai tambah akademik yang dilaksanakan oleh FSKTM dalam usaha melahirkan graduan yang berkualiti. Selain 3P, pihak FSKTM juga turut menganjurkan program MSC Malaysia-Undergraduate Skills Program (USP) dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC).

Program 3P merupakan sebuah program yang telah ditaja oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia. Program ini bertujuan memberi peluang terutamanya kepada pelajar tahun akhir pengajian untuk memperolehi sijil profesional. Selain itu, melalui program 3P ini juga para pelajar akan dapat  menambahkan lagi ilmu pengetahuan serta kepakaran di dalam bidang teknologi maklumat (ICT).

Memandangkan program 3P ini ditaja sepenuhnya, maka peluang ini seharusnya perlu direbut sebaik mungkin oleh para pelajar kerana kos untuk mengikuti program dan menduduki peperiksaan profesional sebegini mencecah ribuan ringgit.

Untuk sesi pada tahun ini, dua program 3P telah berjaya dilaksanakan iaitu program pensijilan profesional Microsoft Certified Technology Specialist: Net Framework 3.5, ASP.NET Application (MCTS:ASP.NET) dan Microsoft Certified Technology Specialist: SQL Server 2008 (Database Development) (MCTS:SQL). Kesemua program 3P ini telah dilaksanakan di makmal-makmal komputer FSKTM.

Seramai 48 orang pelajar telah menyertai program MCTS:ASP.NET  manakala 26 orang pelajar lagi menyertai program MCTS:SQL. Semasa program berlangsung, peserta dibekalkan dengan modul, beberapa rujukan lain serta beg sandang untuk kegunaan harian.

Selain daripada pengajaran dalam bentuk teori, peserta terbabit juga perlu menjalankan latihan amali dan menghasilkan projek mini untuk menguji kefahaman serta kemahiran masing-masing terhadap apa yang telah dipelajari. Pada akhir program, kesemua peserta perlu menduduki peperiksaan untuk memperolehi sijil pentauliahan profesional.

Bagi program  MCTS:SQL seramai 20 orang pelajar telah lulus dengan cemerlang dan berjaya memperolehi sijil pentauliahan profesional manakala bagi program MCTS:ASP.NET pula, seramai 35 orang pelajar telah berjaya memperolehi sijil tersebut. Ini bermakna seramai 55 orang pelajar telah berjaya memperolehi sijil pentauliahan profesional ini. Untuk peserta yang kurang bernasib baik, mereka turut diberikan sijil menghadiri program 3P.

Kejayaan ini membuktikan bahawa fakulti amat komited dalam memastikan lebih ramai pelajar memiliki sijil atau kelayakan profesional sebelum mereka bergraduan. FSKTM berharap program sebegini akan dapat memberikan nilai tambah kepada pelajar dalam usaha menembusi pasaran pekerjaan baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
18 June 2013 09:47
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.