Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan terima bangunan baru
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan terima bangunan baru Print E-mail
Hear this article


Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menerima bangunan barunya secara rasmi pada 20 Julai baru-baru ini.

Majlis Penyerahan bangunan yang diadakan di ruang lobi bangunan baru fakulti ini merupakan simbolik kepada penyerahan tanggungjawab yang sebelumnya diuruskan oleh Kontraktor Utama, Kosmo Setegas Sdn Bhd kepada pasukan penyelenggaraan universiti iaitu bahagian Pengurusan Fasiliti dan Harta, Pejabat Pengurusan Harta Bina (PPH).

Untuk rekod, pembinaan projek yang mengambil masa kira-kira 18 bulan ini dipantau sepenuhnya oleh bahagian Perancangan dan Pembangunan, PPH. Sebelum majlis penyerahan ini berlangsung, bangunan fakulti yang melibatkan kos 30  juta ini telah pun memulakan operasinya pada Ogos tahun lalu.

Bangunan baru FPTP ini menempatkan pejabat pentadbiran dan pusat-pusat kecemerlangan, makmal-makmal, dewan kuliah, ruang pengajaran dan pembelajaran serta bilik-bilik pensyarah. Bangunan ini merupakan antara bangunan tercantik di UTHM dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Antaranya kemudahan ruang yang dilengkapi dengan Wi-Fi yang mudah diakses dan bangunannya dibina dengan ciri-ciri berasaskan mesra orang kurang upaya (OKU).

Menurut Timbalan Pengarah Perancangan dan Pembangunan, PPH; Ir. Alias Mohd Zin, reka bentuk pelan berkonsepkan rama-rama sedang melebarkan sayap ini memberikan ruang pengaliran udara secara semulajadi yang amat baik pada bahagian tengah bangunan selain memberikan pencahayaan semulajadi pada seluruh ruang yang terdapat dalam bangunan.

Katanya lagi penggunaan penghawa dingin yang dilengkapi sistem variable refrigerant volume (VRV) dan sistem pencahayaan lampu menggunakan sensor yang dikawal secara automatik menjimatkan lagi penggunaan elektrik. Manakala hampir 50 peratus bangunan ini menggunakan aluminium ‘Sun Shading Louvers' yang dapat memantulkan semula haba bagi mengurangkan kepanasan daripada diserap terus pada dinding bangunan.

Ruang legar lobi yang luas dan mempunyai ketinggian ‘double volume' memberikan suasana mesra untuk menyambut pengunjung yang datang sekaligus menjadikan ruang ini sebagai ruang pelbagai guna. Sementara itu kehadiran taman di bahagian tengah bangunan memberikan ruang rekreasi yang baik kepada para pelajar selain dapat mengharmonikan lagi persekitaran bangunan dengan alam semulajadi. Manakala ruang tempat meletakkan kenderaan pula mampu menempatkan hampir 300 kenderaan pada satu-satu masa.

Turut hadir ke majlis penyerahan tersebut Pengarah PPH, Profesor Madya Dr. Abd. Halid Abdullah; Dekan FPTP, Profesor Madya Sr Dr. David Martin @ Daud Juanil; Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), Profesor Ayob Johari, Pengarah Projek Kosmo Setegas Sdn Bhd, Encik Radin Zulkarnain Radin Abd Rahman dan warga kerja FPTP dan PPH.

Untuk melihat berita dan keratan akhbar berkaitan UTHM sila lawati laman blog Unit Perubungan Awam UTHM di alamat www.prouthm.blogspot.com
Last Updated ( Isnin, 23 Julai 2012 )
 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
18 June 2013 09:47
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.