Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow Menteri Pengajian Tinggi temui pelajar baharu
Menteri Pengajian Tinggi temui pelajar baharu Print E-mail
Hear this article
Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin mengunjungi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 7 September lalu bagi merasmikan bangunan baru Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) serta untuk menjayakan program Tinjauan Mesra dan Santai bersama Menteri bersempena Minggu Haluan Siswa (MHS).

Dalam lawatan kerjanya, Dato’ Seri Mohamed Khaled yang diiringi Naib Canselor UTHM, pegawai kanan universiti dan hampir 100 pelajar berkonvoi menaiki basikal dari FPTV ke Dewan Utama, UTHM untuk menemui kira-kira 2200 pelajar baharu yang sedang mengikuti program MHS selama seminggu.

Dalam majlis tersebut beliau telah menyempurnakan upacara pelancaran 20 tahun UTHM dan turut menyampaikan hadiah berupa ipad kepada pasukan debat UTHM yang telah berjaya meraih gelaran johan Pertandingan Debat Alam Sekitar 2012 peringkat IPTA baru-baru ini. Kejayaan UTHM dalam pertandingan debat paling berprestij ini membuktikan bahawa pelajar bidang kejuruteraan juga mampu cemerlang di pentas perdebatan.

Pertemuan tersebut juga membuka ruang kepada beliau untuk menyampaikan beberapa amanat kepada pelajar baharu. Antara yang disentuh beliau adalah tentang yuran pengajian pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

“Kerajaan akan terus mengekalkan kadar yuran pengajian di IPTA walaupun ia tidak pernah disemak semula sejak 10 tahun lalu. Kementerian juga akan terus membiayai antara 85 hingga 95 peratus daripada yuran pengajian bagi setiap penuntut IPTA agar hasrat mereka untuk melanjutkan pelajaran tidak terhalang,” 

Justeru beliau berharap penuntut IPTA memanfaatkan bantuan yang diberikan ini dengan sebaiknya. 

“Sebagai penuntut IPT, anda perlu tahu dan menghayati maksud serta tujuan pendidikan di peringkat universiti. Anda juga perlu tahu membezakan antara yang benar dan salah dan jangan sesekali biarkan sesetengah pihak mempengaruhi hidup anda bagi mencapai tujuan dan kepentingan masing-masing,” pesan beliau sebelum menamatkan ucapannya.

Turut hadir Naib Canselor UTHM, Profesor Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Ir. Dr. Abdul Aziz Dato’ Abdul Samad; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Wahid Razzaly; Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ir. Dr. Amir Hashim Mohd Kassim, Pendaftar, Haji Sulam Hamid serta beberapa pegawai kanan universiti.



Dikeluarkan oleh

-- 
Shafry Salim
Pegawai Perhubungan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor
 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
21 May 2013 15:14
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.