Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow Artikel Pensyarah UTHM menang Anugerah Artikel Terbaik Emerald
Artikel Pensyarah UTHM menang Anugerah Artikel Terbaik Emerald Print E-mail
Hear this article

Sebuah artikel yang ditulis oleh pensyarah Jabatan Kejuruteraan Loji & Automotif (JKLA). Fakulti Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan (FKMP) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Dr. Abdul Mutalib Bin Leman telah  berjaya memenangi Anugerah Artikel Terbaik dari sebuah penerbit ilmiah terkemuka Emerald United Kingdom.

Artikel Dr. Abdul Mutalib  bertajuk "Environmental quality index (EQI) for industrial ventilation and occupational safety and Health evaluation in manufacturing plant" yang telah terbit di dalam  Asian Journal on Quality telah terpilih sebagai pemenang bagi kategori Artikel terbaik dalam acara Literati Network Awards for Excellence 2011 yang berlangsung baru-baru ini.

Anugerah ini diadakan pada setiap tahun di mana pihak Emerald akan menjemput semua jawatankuasa editorial jurnal untuk mencalonkan artikel terbaik di dalam jurnal masing-masing untuk dicalonkan sebagai artikel terbaik.

Pemilihan telah dibuat oleh jawatankuasa yang terdiri daripada mereka yang berkelayakan dan profesional yang telah meneliti pencalonan yang diterima bagi artikel-artikel yang telah terbit pada tahun 2010.

Pihak Universiti mengucapkan setinggi-tingi tahniah dan syabas kepada Dr. Abdul Mutalib Bin Leman atas kejayaan yang membanggakan ini.

  
--
Shafry Salim
Pegawai Perhubungan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor

 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.