Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow RELASIS UTHM Ikuti Program Menembak di Melaka
RELASIS UTHM Ikuti Program Menembak di Melaka Print E-mail
Hear this article
Pada 14 dan 15 April 2012, satu program menembak  anjuran bersama antara Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) UTHM dengan Ibu Pejabat RELA Malaysia (IPRM)  telah berjaya diadakan di Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan (PLRWS), Sungai Udang, Melaka.  Walaupun sibuk dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing, namun Pegawai Kehormat (RELA) UTHM  dapat meluangkan masa bersama-sama untuk mengikuti program berkenaan. Seramai 17 Pegawai Kehormat (RELA) UTHM dan 55 pelajar (RELASIS 1 dan 2) terlibat dalam program yang julung kali diadakan ini.  Dalam program tersebut Pegawai Kehormat (RELA) UTHM dan pelajar RELASIS telah mengikuti ceramah yang disampaikan oleh pegawai-pegawai dari IPRM mengenai peraturan-peraturan pemilikan dan kaedah-kaedah pengendalian senjata api.

Kemudian diikuti oleh satu pertandingan menembak untuk mempraktikkan pengendalian senjata api tersebut dengan dikawal oleh anggota PLRWS.  Pertandingan ini meliputi kategori individu dan kumpulan dengan menggunakan  Pump Gun dan M16.  Sebagai perbandingan dengan Pump Gun, peserta juga diberikan peluang merasai penggunaan Short Gun.

Pada hari terakhir, majlis penyampaian hadiah pertandingan dan pemakaian pangkat Kehormat (RELA) UTHM telah diadakan kepada dua orang staf UTHM iaitu Mejar Kehormat (RELA) Dr. Lokman Hakim bin Ismail dan Mejar Kehormat (RELA) Nurhuda bt Khamis.  Majlis tersebut telah disempurnakan bersama oleh Leftenan Jeneral (RELA) Tuan Hj. Lukmeman bin Saaid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), manakala UTHM diwakili Brigadier Jeneral Kehormat (RELA) Prof. Ir. Dr. Amir Hashim bin Mohd Kassim, Penolong Naib Canselor (HEPA). Turut hadir pada majlis ini ialah Mejar Jeneral (RELA) Norzaidi bin Saaim, Pengarah Sumber Manusia Bahagian Pengurusan IPRM dan Brigadier Jeneral (RELA) Hj. Zaini bin Hj. Jamari, Pengarah RELA Negeri Johor.

Sesungguhnya selain daripada kursus menembak dan pemakaian pangkat kehormat, program ini berjaya mengeratkan  hubungan antara IPRM dan RELASIS UTHM, di mana UTHM adalah universiti pertama yang menubuhkan Briged RELASIS dan sebagai model kepada universiti-universiti lain  di Malaysia.

Disediakan oleh:
Mejar Kehormat (RELA) Esa bin Mohd Daim
Ajutan Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS)
 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
18 Mei 2013 20:09
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.