| Pasukan UTHM Paddlers muncul Juara Keseluruhan di Karnival Sukan Air MASUM 2012 |
|
Disediakan oleh : Shaid Jaffar UTHM khususnya Pusat Sukan merasa bangga dengan pencapaian tersebut kerana kemenangan ini membuktikan bahawa universiti ini mampu melahirkan atlit-atlit yang mampu memberi saingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa di mana kebanyakan atlit-atlitnya lahir daripada program zero to hero iaitu program pencarian bakat-bakat baru yang dijalankan menerusi karnival sukan pelajar seperti UTHM Games,bengkel-bengkel asas sukan,kejohanan-kejohanan tertutup UTHM dan program-program sukan lain yang dijalankan sepanjang tahun. Ini kerana kebanyakan atlit-atlit UTHM lahir dengan tiada nama besar dalam acara sukan malahan ada yang buat kali pertama menceburi sesuatu sukan apabila menyambung belajar ke UTHM tetapi kita mampu menjadikan mereka antara nama besar dalam sukan tanah air di Malaysia.
Hasil kesungguhan universiti, para atlit yang dicungkil bakatnya ini berjaya mewakili Malaysia di Kejohanan Sukan Sea (Sea Games), Sukan Malaysia (SUKMA) dan Asean Universiti Games (AUG).
|
|
| Last Updated ( Rabu, 01 Ogos 2012 ) |