UTHM perkenal logo baharu
Hear this article
 
Logo rasmi UTHM
  LOGO RASMI UTHM
   
Selaras dengan hasrat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk memperkasakan lagi nama UTHM, pihak Universiti telah memperkenalkan logo baharu UTHM yang menonjolkan penataan akronim yang menyerlahkan nama UTHM. Penukaran kepada logo baharu ini berkuatkuasa pada 20 Ogos 2013

Logo baharu ini merupakan sebahagian penjenamaan semula imej korporat universiti yang tampak lebih menarik dan segar.  Logo baharu universiti diperkenalkan bersempena sambutan ulang tahunnya yang ke-20 pada tahun ini.

Konsep keseluruhan logo ini melambangkan UTHM sebagai sebuah IPT yang mendukung pengembangan dan pembangunan ilmu di pelbagai peringkat di dalam bidang sains dan teknologi. 

Semoga dengan pengenalan logo baharu ini meningkatkan lagi ketrampilan Universiti sebagai sebuah institusi ilmu yang terulang dan seterusnya menaikkan imej universiti ke tahap yang lebih tinggi.

Last Updated ( Khamis, 24 Oktober 2013 )