Hasil Penyelidikan UTHM Menang 2 Pingat Emas di Brussels-INNOVA’09, Belgium
Hear this article

Brussels, Belgium - Kumpulan penyelidikan yang diketuai oleh Tn. Hj. Mohd Salleh bin Tahar dan Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi telah berjaya meneruskan kecemerlangan universiti ini dalam bidang penyelidikan dan inovasi apabila berjaya membawa pulang 2 pingat emas, 1 pingat perak dan    1 pingat Gangsa dalam Pameran Dan Pertandingan Penyelidikan Antarabangsa The World Exhibition on Innovation, Research and New Technologies 2009 (Brussels Innova'09) yang telah diadakan di Brussels, Belgium dari 19 hingga 21 November 2009.

Brussels-Innova 2009 merupakan pertandingan penyelidikan dan inovasi peringkat antarabangsa yang pertama kali disertai oleh penyelidik dari Universiti ini dan turut disertai oleh penyelidik dari pelbagai negara termasuk  dari negara-negara Benua Eropah.

Keupayaan penyelidik UTHM memenangi pingat dalam pertandingan ini merupakan kejayaan yang cukup membanggakan dan membuktikan bahawa hasil penyelidikan dan inovasi universiti ini diiktiraf mempunyai nilai yang cukup tinggi dan berpotensi untuk dikomersilkan di peringkat antarabangsa.

Penyertaan penyelidik UTHM dalam Brussels-Innova 2009 turut memberi  peluang kepada mereka mendapatkan maklumbalas para pengunjung yang mengunjungi ruang pameran UTHM berkaitan usaha-usaha penambahbaikan hasil penyelidikan yang dipamerkan supaya dapat dikomersilkan ke pasaran Eropah.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kumpulan penyelidikan yang diketuai oleh Tn. Hj. Mohd Salleh bin Tahar dan Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi yang telah berjaya mengharumkan nama Universiti dalam bidang penyelidikan dan inovasi. Semoga kejayaan ini akan menjadi pendorong kepada penyelidik-penyelidik yang lain untuk terus gigih berusaha menghasilkan penyelidikan yang dapat dimanafaatkan oleh seluruh masyarakat sejagat.

Senarai penuh keputusan pertandingan adalah seperti berikut :

No.

Nama Produk

Nama Penyelidik

Pingat

1.

Bio-Diesel 45D Machine

Mr.Mohd Salleh Tahar (Leader)

Mr.Khairul Fahmi Ali

Mr.Mohd Kamil A.Tajuddin

 

 

Emas

2.

Kenaf-Foam Composite

[K-FoC]: A New Revolutionary Acoustical Panel Material.

Dr.Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi (Leader)

Prof.Mohd Imran Ghazali

Dr.Shahruddin Mahzan

Dr.Badrul Omar

Mr.Zulfadhli Mohd Nur Zein

 

 

 

Emas

3.

Air Distribution Simulation Machine (TPU 3)

Mr.Mohd Salleh Tahar (Leader)

Mr.Khairul Fahmi Ali

Ms.Zuhanis Zainul Abidin

 

 

Perak

4.

Helmet-Ijuk Reinforced Composite

[H-IReC]

Dr.Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi (Leader)

Mr.Zulfadhli Mohd Nur Zein

Prof.Mohd Imran Ghazali

Dr.Shahruddin Mahzan

Prof.Dr.Sulaiman Hasan

 

 

 

Gangsa

 

penyelidikan brussels

Last Updated ( Rabu, 16 Disember 2009 )