| UTHM Cipta EMBag Kurangkan Risiko Kecurian Komputer Riba |
|
Masalah kecurian laptop semakin berleluasa kebelakangan ini. Pengguna sering kali menghadapi masalah untuk meletakkan laptop di dalam kereta walaupun disembunyikan dengan rapi daripada penglihatan dengan menyimpannya di dalam bonet kereta. Ini kerana, ia tetap tidak selamat dan masih boleh dikesan oleh pencuri. Isu ini telah mendorong Prof. Dr. Mohd Zarar bin. Mohd Jenu yang merupakan Ketua Pusat Keserasian Elektromagnet Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bersama Cik Norarlina Binti Mazlan untuk melaksanakan penyelidikan bagi mengatasi masalah tersebut. Menurut Prof. Zarar, laptop yang berada dalam keadaan mod OFF masih mengeluarkan gelombang elektromagnet yang boleh diterima oleh sesiapa sahaja yang mempunyai alat pengesan khas. Gelombang elektromagent ini berasal daripada operasi jam dalaman laptop yang masih berfungsi walaupun laptop berada dalam keadaan OFF. Dalam penyelidikan ini, satu beg khas yang diberi nama EMBag telah berjaya dicipta. Laptop perlu dimasukkan ke dalam EMBag terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam beg laptop sedia ada. Hasilnya, gelombang yang dikeluarkan oleh laptop boleh dikurangkan ke tahap yang tidak dapat dikesan oleh pencuri yang menggunakan alat pengesan khas. Selain itu, EMBag mampu melindungi keselamatan dan kebolehcapaian data di dalam laptop. Ciri-ciri ini amat penting terutamanya bagi pengguna yang sering berkerja di dalam keadaan isyarat elektromagnet yang tinggi seperti di stesen radar, kapal perang, stesen janakuasa dan lain-lain.
|
|
| Last Updated ( Isnin, 18 Januari 2010 ) |