| Naib Canselor UTHM hadiri Majlis Doa Selamat dan Penyerahan Bangunan Perpustakaan |
|
Masa yang dinanti-nantikan oleh warga UTHM untuk menduduki bangunan perpustakaan yang serba canggih akhirnya terlaksana. Tanggal 20 Mei 2010 satu majlis doa selamat dan solat hajat telah diadakan di Ruang Pustaka Kanak-kanak Bangunan Perpustakaan. Majlis dihadiri oleh Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin diiringi oleh Penolong Naib Canselor (Penyelidikan, Inovasi dan Pembangunan) Prof. Ir. Dr. Zainal Abidin bin Ahmad, Pengarah PPH Profesor Madya Dr. Ahmad Tarmizi bin Abd. Karim dan Ketua Pustakawan Bharun Narosid bin Mat Zin. Majlis dimulakan dengan solat hajat dan bacaan yaasin serta doa selamat yang dipimpin oleh Ustaz Shahril. Sebaik majlis selesai, satu upacara penyerahan bangunan baru perpustakaan kepada pihak UTHM daripada pihak pemaju telah diadakan. Dokumen penyerahan telah ditandatangani oleh Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin wakil bagi pihak UTHM, manakala wakil dari Pembinaan Hamid Abdul Rahman dan Ekovest (JV) Sdn. Bhd. sebagai pemaju serta Jabatan Kerja Raya Malaysia selaku pemantau projek. Dengan upacara penyerahan ini dijangkakan kerja-kerja perpindahan perpustakaan UTHM akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi memastikan perpustakaan baru ini boleh digunakan oleh mahasiswa pada Semester 1 Sesi 2010/2011 yang akan bermula pada Julai depan.
Bangunan Perpustakaan UTHM yang baru bakal beroperasi sepenuhnya pada Semester 1 Sesi 2010/2011 yang bermula pada bulan Julai yang akan datang.
Sebahagian staf yang terlibat dalam Majlis Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan Doa Selamat yang diadakan di Ruang Pustaka Kanak-kanak Bangunan Perpustakaan.
Prof. Dato' Dr. Mohd. Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM (berbaju hijau) dan En. Bharun Narosid b. Mat Zin, Ketua Pustakawan turut hadir dalam majlis tersebut.
Prof. Dato' Dr. Mohd. Noh Dalimin wakil bagi pihak UTHM (tengah) sedang menandatangani dokumen penyerahan bersama wakil dari Pembinaan Hamid Abdul Rahman dan Ekovest (JV) Sdn. Bhd. (kiri) sebagai pemaju serta Jabatan Kerja Raya Malaysia selaku pemantau projek (kanan)
Penyerahan replika kunci bangunan Perpustakaan telah diserahkan oleh wakil dari Pembinaan Hamid Abdul Rahman dan Ekovest (JV) Sdn. Bhd kepada Naib Canselor UTHM.
Dikeluarkan oleh,
Shafry Salim Pegawai Perhubungan Awam
|
|
| Last Updated ( Isnin, 07 Jun 2010 ) |